anis zainudin♥: May 2013
Home Tutorial tips ex banner

26 May 2013

Tips Lupekan Kenangan Lama atau Lupekan Seseorang


hai korang :D dah brape hari anis tak update blog kan?..anis bz skit la..haha..poyo je..takde la..tak bz pun..duk tweet je kje tiap hari..haha..tapi takde idea nak update..serius blurr nak update ape..hehe..perasan tak anis dah tukar cursor baru ni..omeyy tak?..omeyy kan kalah kak ton..haha..cursor ni adik bambil a.k.a jutawan nuffnang bagi..hahaha..thanks dik :D okay back to topic..hari tu ade terbace tips ni kat fb..tips ni untuk lupekan kenangan lama atau nak lupakan seseorang..korang mesti faham "seseorang" yang anis maksudkan ? okay tips ni anis copy paste daripada fb..hehe :D
  • Dekatkan diri dengan yang maha pencipta dan keluarga...sebagai orang islam,reda dan terima seadanya..sentiasa solat dan membaca quran pasti akan dapat menyejukkan jiwa yang kacau teringatkan kisah-kisah lama yang pastinya membuatkan anda bertambah sedih...
  •  sentiasa bertanya dan muhasabah diri sendiri...adakah si dia terlalu baik dan sempurna bagi anda??atau anda yakin si dia dapat memberi kebahagiaan kepada anda??kalau masa bercinta pun dah boleh buat hal macam-macam,apatah lagi berkahwin..jadi ingatlah dan yakinlah bahawa si dia bukan diciptakan untuk anda.. 
  •  kalau tiap-tiap kali online,tangan tu tak payah nak menggatal pergi jenguk blog dia ke,facebook ke,pergi stalk gambar-gambar dia ke..apa-apa sahajalah yang berkaitan dengan dia...sebab bila tengok,perasaan rindu tu pasti datang balik
  •  delete semua gambar-gambar yang korang pernah ambil bersama-sama dulu..tak kiralah gambar yang pergi dating ke,makan ke atau apa-apa sahaja yang menggambarkan betapa bahagianya korang dengan si dia..
  •   aktifkan diri atau sibukkan diri dengan aktiviti lain bersama rakan-rakan,tak payah nak fikir lagi pasal perkara yang dah lepas tu..yang lepas tu biarlah lepas,tak payah nak dikenang lagi..
  •  simpan semua hadiah-hadiah atau gambar-gambar ketika bersama dahulu di tempat yang agak jauh dari pandangan mata kita..cth:dalam stor barang-barang....kita akan cepat lupa bila kita tidak melihat barang-barang tersebut. 
  •   padam sahaja semua no.telefon,e-mel,atau apa sahaja yang boleh menghubungkan korang berdua..tetapi bagi yang masih boleh berkawan seperti biasa adalah tidak menjadi masalah..
  •   cuba ingat balik apa perkara buruk yang pernah dilakukan sidia terhadap kamu..contohnya si dia suka membanding-bandingkan kamu dengan rakan-rakannya yang lain,komen tentang perangai,penampilan kamu dan sebagainya...mungkin si dia banyak sakitkan hati kamu,dengan mengingat perkara buruk tentang dirinya sudah pasti semua perkara indah-indah dapat dilupakan.. 
  • carilah rakan-rakan sebagai teman setia dan pendengar..jika hari minggu kamu tidak dapat diluangkan bersama si dia lagi,cuba ciptakan aktiviti hari minggu yang menaarik bersama rakan rakan seperti memancing,jogging,bermain futsal dan sebagainya..
  •   jangan sesekali berasa terkilan dan sedih kerana semuanya hanya sia-sia...teruskan melangkah ke hadapan dan bina hidup baru..sebenarnya jika kita sudah mempunyai pengganti yang lebih baik,sedikit sebanyak kenangan bersama si dia akan hilang dan lupus dari ingatan..

selamat mencuba :D
sumber : facebook.

Jana RM1,000 Sebulan Dari Rumah Melalui Internet
Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

22 May 2013

Wordless Wednesday# Rilakkuma oh Rilakkuma :D






nak beli ni..tapi belom ade duit lagi..nanti ade duit..nak beli la..omeyy nye rilakkuma ni..geram tengok >,< anis memang minat gle rilakkuma >,< umo dah 19..tapi perangai still cm budak2 minat benda2 cmni..haha :D

Jana RM1,000 Sebulan Dari Rumah Melalui Internet
Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

20 May 2013

Tutorial : Cara follow blog yang tak boleh di follow guna button ala-ala tumblr sebab mencapai limit

hai :) tajuk tutorial macam panjang kan..sebab anis pun tahu nak letak tajuk ape nak bagi korang faham..hehe..tutorial kali ni di request oleh........... *krik krik krik bunyi cengkerik* haha..takde sape request pun..saje nak menggedikkan diri nak buat tutorial sebab bosan yang teramat sangat dan takde idea nak update blog..biar la takde orang bace pun..janji blog ber-update..kan?..okey2..anis kalau merapu susah nak berenti..haha..tros ke tutorial..tutorial kali adalah cara lain untuk korang follow blog yang takde button followers gadjet yang tulis Join this site tu kan..yang guna button followers ala-ala tublr..seperti sedia maklum..button tu kan ade limit..kalau dah sampai limit..kite dah tak boleh nak follow la kan blog yang ade button followers ala tumblr tu kan..teros tak jadi nak follow..macam anis jugak..anis malas nk follow kalau blog tu takde followers gadjet..susah nak follow..btw, kalau korang nak join GA atau segmen..syarat wajib kne follow kan..kena la jujur..sebenarnye ade cara lain..tapi manual la..

  • pergi kat dashboard dan korang akan nampak camni..
klik pada gambar untuk lebih jelas.

  • korang akan nampak perkataan Add tu kan..yang anis bulatkan tu..korang klik kat situ..bila dah klik..akan keluar camni..
klik pada gambar untuk lebih jelas

  • okeyy..then, kat Add from URL tu..korang isi la url blog yang korang nak follow tu..okeyy..siap ! faham tak ?..simple je kan? :)
maybe dah ramai yang tahu kot..saje nak buat tutorial bagi yang belom tahu..tapi better korang yang takde followers gadjet tu..better korang letak..senang sikit orang nak follow even ade cara lain..tapi macam menyusahkan orang sikit la..pendapat anis je..maaf kalau tak sama dengan pendapat korang..lain orang..lain tafsiran nye kan..maaf kalau ade kekurangan..anis pun bukan mahir sangat dalam blogging ni :)

till then,
kbye :)







Jana RM1,000 Sebulan Dari Rumah Melalui Internet
Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

12 May 2013

Hukum Menyambut Hari Ibu



hai :) anis just copy paste benda ni daripada facebook :)

‘Hari Ibu’ disambut pada Ahad ke-2 bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk masyarakat di Malaysia. Secara umumnya umat Islam tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Tahukah anda sejarah bermulanya ‘Hari Ibu’?
.
Asal Usul Sambutan Hari Ibu
.
Eropah
Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.
Orang Rom Purba juga menyambut suatu perayaan yang bernama Matronalia bagi memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

Orang-orang Greece pula menganggap ‘Hari Ibu’ sebagai perayaan musim bunga dan penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai “Mothering Sunday”. Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Perayaan ini bersamaan hari kenduri Persembahan Nabi Isa di Kuil dalam mazhab Ortodoks Timur. Oleh sebab Theotokos (Ibu Tuhan) amat penting dalam perayaan ini kerana membawa Christ ke Kuil Jerusalem, perayaan ini dikaitkan dengan ibu. Namun begitu, kini ramai orang Greece cenderung menyambut Hari Ibu mengikut negara Barat yang lain.

Dalam tempoh tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
.
.
Amerika Syarikat
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi “The Battle Hymn of The Republic” (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan “Hallelujah” dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother’s Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
.
.
Asia
Hari Ibu juga disambut pada hari yang berbeza-beza di sebelah Asia kerana berbagai macam sumber asal-usulnya. Di China, Hari ibu disambut sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius. Di Thailand dirai sempena hari keputeraan Ratu Sirikit Kitiyakara pada 12 Ogos. Manakala 1 Jun di Mongolia adalah Hari Ibu dan pada Kanak-kanak Sedunia juga disambut serentak. Mongolia adalah satu-satunya negara yang menyambut Hari Ibu dua kali setahun.
.
.
.
Hari Ibu Haram?
.
Haram
Para ulama berselisih pandangan mengenai persoalan hukum meraikan ‘Hari Ibu’ ini. Sesetengah ulama mengatakan ianya bersifat bid’ah atau berdosa malahan ada yang ‘extreme’ sehingga mengharamkannya. Memang benar ianya bid’ah dan haram sekiranya itikad dan niat untuk meniru dan meraikan budaya-budaya di atas.
.
Harus
Manakala Profesor Tafsir dan Ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar, Dr Muhammad Bakar Ismail, berpandangan sambutan Hari Ibu adalah harus kerana meraikan serta memuliakan ibu seperti pada Hari Ibu adalah bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat.
Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kemurnian dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini.
.
Manakala jika adat ini lahir daripada perkara sebaliknya, dan melakukannya juga membabitkan perkara yang buruk dan dilarang Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.
Jika dilihat dari segi keharusan sambutan ini, ia lebih banyak membawa kebaikan. Pertamanya, sesuatu perbuatan itu mestilah disertakan dengan niat yang baik. Walaupun amalan itu pada asasnya harus, namun ia boleh menjadi haram apabila disertai niat yang bertentang syariat.
.
.
Doktrin Barat
Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi: “Hari Ibu ini timbul kerana pihak orientalis atau doktrin barat memikirkan inilah cara terbaik untuk menarik minat anak remaja barat menghormati orang tua mereka.” 

Umumnya kita tahu masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan dan mengkhususkan hari-hari tertentu dapat memupuk remaja mereka menyayangi dan menghormati orang tua mereka.
.
Di sini, ditakuti orang Islam mengikut budaya barat ini secara buta-tuli dari segi cara sambutan dan adab pergaulan ketika sambutan serta tidak mempedulikan nilai Islam dalam meraikannya.
.
.
Persoalan
Kenapa perlu diadakan atau diiktikadkan hanya satu hari untuk hari ibu??? Adakah satu hari itu saja dia jadi ibu kita? Adilkah kita perlakukan begitu kepada insan yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari, kemudian berjerit perih dan bertarung nyawa melahirkan kita, seterusnya berjaga malam menjaga ketika sakit kemudian memenuhi apa saja kehendak kita bagai menatang minyak yang penuh, tiba-tiba kita hanya meraikan kemulian mereka hanya sehari. Hari-hari lain, kita diam membisu, tidak menghubungi dan tidak ada lagi penghargaan buat ibu.
.
Firman Allah SWT :

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Surah al-Isra’, ayat 23)
.
.
Solusi
.
Kedudukan ibu sangat mulia di sisi Islam. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh ibu demi membesarkan kita. Sepatutnya disambut hari ibu sekerap mungkin… setiap hari, minggu, setiap bulan dan tahun kerana hari ibu memang sewajibnya setiap hari… Raikanlah dengan setulus ikhlas terhadap insan mulia tersebut…
Dengan termaktubnya ‘Hari Ibu’. Seharusnya dijadikan hari peringatan atau perayaan terhadap peranan seorang ibu dalam keluarganya, baik untuk suami, anak-anak, mahupun sesama manusia.
Ada bagus dan baiknya diadakan sambutan hari ibu ini, sekurang-kurangnya boleh juga menyedarkan ‘Si Tanggang Moden’ yang sibuk dengan sahabat, rakan perniagaan atau tugas seharian dan orang ramai akan lebih mengenang dan menghargai jasa pengorbanan ibu..
.
.
Hak Ibu
Pengorbanan ibu kepada anak itu tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit dan kemewahan semata-mata. Oleh itu, wajib anak berbuat baik dan berbakti kepada ibu mereka terutama selepas meningkat dewasa dan bukannya menjadi anak yang ‘seperti kacang lupakan kulit’.
.
Firman Allah SWT:

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (supaya berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu.” (Surah Lukman, ayat 14)
.
Islam meletakkan ibu ditempat yang paling selayaknya, begitu juga dengan bapa. Jika Syurga Ibu/isteri di bawah kaki Ayah/suami, tetapi dengan keinsafan yang lebih menebal.. tanpa ibu, siapalah kita… ‘Syurga anak itu adalah di bawah tapak kaki Ibu’.
.
Seorang ibu berhak mengambil haknya terhadap anak-anaknya dan seseorang anak itu tidak boleh langsung mempertikaikan hak ibu dan bapa mereka terhadap dirinya. Jihad adalah perkara paling utama dalam Islam, namun kerana Ibu, jihad menjadi tempat kedua bagi seorang anak.
.
Perkara ini dikatakan sendiri oleh Rasulullah ketika ada seorang sahabat yang bernama Jahimah bertemu baginda untuk bertanyakan pandangan untuk ikut serta dalam ekspedisi jihad. Rasulullah bertanya, “Adakah kamu masih mempunyai ibu?” Jahimah menjawab:“Ya.” Lalu Rasulullah bersabda, “Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.” (Shahih Sunan al-Nasai, no: 3104)
.
.
.
Sambutan Hari Ibu
.
Sambutan Hari Ibu adalah tanda pengiktirafan anak terhadap pengorbanan ibu kepada mereka dan sambutan yang dianjurkan bertujuan membahagiakan ibu.
Firman Allah SWT :
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ
“Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23) 
.
Peringatan dan perayaan boleh dilakukan dengan membebas atau meringankan tugas ibu dari kerja domestik harian yang dianggap kononnya merupakan kewajibannya, seperti mendidik, menghantar anak-anak ke sekolah, memasak, mengemas dan urusan rumah tangga lainnya.
.
Hari Ibu juga boleh menjadi wasilah untuk merapatkan hubungan anak dengan ibu bapa serta mengeratkan hubungan sesama adik-beradik. Sebagai hari istimewa, semua ahli keluarga berkumpul dan dari situ terbitlah ikatan erat dan melahirkan suasana penuh kasih sayang sejati, saling mencintai antara satu sama lain.
.
Sambutan Hari Ibu yang memenuhi tuntutan Islam antaranya, sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah SWT dan tidak bersifat membazir. Di samping itu, sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan solat berjemaah bersama ahli keluarga, mengadakan majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana mahabbah.
.
Oleh itu, penting bagi masyarakat Islam membetulkan niat terlebih dulu dalam meraikan sambutan Hari Ibu ini supaya sambutan dirahmati dan tidak terkeluar daripada landasan syariat Islam yang digariskan Allah SWT untuk hambaNya.


Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

sumber :
SINI

Jana RM1,000 Sebulan Dari Rumah Melalui Internet
Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

11 May 2013

11 Things About Me

hai :) anis telah ditag oleh 3 orang blogger iaitu Isabel DiazHana dan Dayah untuk join segmen ni..hehe :) thanks sebab tag anis..anis akan jawab satu2 soalan korang..mungkin entri kali ni agak panjang..so let's get started :)
Few rules need to be followed :
1. Post this rules

.2. Write 11 things about yourself.

3. Answers the questions the tagger set for you.

4. Create 11 new questions for those you want to tag.

5. Choose 11 bloggers to be tagged and link them to the post.

6. You are not allowed to tag back.

 11 Things About Myself

  • anis suke gile warna purple..anis rase yang ni semua orang dah tahu :)
  • anis suke minum air soya..suke sangat2..
  • anis suke teddy bear..
  • anis jenis yang simple
  • anis tak suke pakai make up..anis tak pernah pakai make up kecuali bedak je.
  • anis suke jam digital berbanding jam analog..macam budak2 je kan..haha :D
  • anis ni manje dan agak sensitif..normal la kot perempuan.
  • anis tak suke bende lasak.
  • anis suke kek coklat dan coklat
  • anis suke aiskrim vanilla chips
  • anis suke tengok lelaki pakai baju melayu..melting kot >,< HAHA :D
Question By Tagger Isabel Diaz

01. Siapa nama penuh awak? Saya nak kenal awak (^_^)

  • okay..nama penuh anis ialah Ainnur Farahanis binti Zainudin.
02. Dari negeri mana? Kalau owg Sarawak, dari daerah mana?

  • anis berasal daripada kelantan darul naim :)
03. Kalau ditakdirkan kita bertemu, awak tegur saya tak nanti?

  • mesti la tegur,kalau anis cam awak :)
04. Cheezy wedges KFC dan Sugarbun. Yang mana lebih sedap?

  • my opinion, cheezy wedges KFC kot..hehe :)
05. Pernah makan seaweed tak? Sedap ke tak sedap? Apa rasanya?

  • err..tak penah..
06. Penah nampak abam askar tak? Hensem tak pada pendapat awak?

  • haha..ntah la..not bad la..
07. Awak ada Incik Boss tak? Kalau ada, kenapa awak sayangkan dye?

  • Incik Boss??..means pakwe ke?..kenape sayang kat dye?..ntah..hard to explain..mungkin Allah telah meletakkan takdir macam tu :)
08. Selalu ke pergi blog saya? Bila pergi ke blog saya apa yang awak fikir?

  • selalu ! blog awak okay..awak selalu datang komen kat blog anis..anis terharu tau >,<
09. Awak suka tak blog saya? Kalau suka, kenapa? Kalau tak suka, kenapa?

  • suke ! sebab entri tak boring :)
10. Awak suka melancong tak? Tempat mana yang paling best awak pernah pergi?

  • melancong?..ntah la..
11. Kalau ditakdirkan awak melancong kat luar negara, awak nak melancong kat mana?

  • nak pergi korea..nak jumpe yong hwa CN blue..hahahaha..tinggi cita2 :P

Question By Tagger Hana

1. Apa yang awak suka pasal blog awak?

  • anis suke blog anis sebab blog anis wrne purple..haha..pastu sebab anis boleh buat luahan perasaan kalau takde tempat nak luahkan perasaan..but i did not exposed everything in my blog :)
2. Kenapa awak enjoy sangat blogging?

  • sebab seronok bile dapat share something yang baru dengan readers :)
3. Antara Harry Potter dan Twilight, mana satu pilihan awak? 

  • harry potter !
4. Kalau awak diberi peluang untuk belajar/tinggal di Eropah, negara mana yang menjadi pilihan? Kenapa? ;)

  • tak tahu la..anis tak penah terfikir pun hana :)
5. Jenis rumah yang menjadi idaman awak?

  • erm..tak kesah..janji selesa..
6. Suka memasak atau menjahit? Kenapa?

  • memasak..even tak pandai sangat memasak..tapi anis minat la jugak berbanding menjahit :)
7. Ada obses dengan apa-apa tak? Contohnya, novel, baju, blog, drama dan sebagainya. 

  • bear rilakkuma ! hehe :)
8. Impian terbesar awak? :D

  • anis harap dapat jadi engineer suatu hari nanti dan dapat kahwin dengan orang yang anis sayang..amin :)
9. Andai kata awak cuma ada dua adik beradik sahaja dalam keluarga dan awak anak bongsu, awak prefer ada abang atau kakak? Kenapa? :)

  • kakak ! sebab anis tak penah ade kakak..so nak merasa ade kakak.. :D
10. Adakah awak akan terus berblogging sampai bila-bila? :)

  • insya allah :) kalau takde ape2 yang menghalang :)
11. Apa pendapat awak pasal diri awak sendiri? He he :)

  • haha..pendapat tentang diri sendiri ?..anis rase anis agak sensitif kot dan manje..hahaha :D
Question By Tagger Dayah

1- Kalau awak marah.Apa awak akan buat?
  • erm..kalau marah eah..haha..tak tahu la..biase kalau marah sangat..mesti akan nangis..sebab akak ni lemah sikit dayah..
2-Benda yang awak sayang sangat dalam hidup awak.?Kenapa?

  • bende yang akak yang sayang eah ?..haha...kalau cakap jangan gelak tau..berus gigi warne purple akak tu...sebab ?. orang yang paling akak sayang bagi..pakwe akak bagi..tu yang sayang sangat2.. :)
3-Macam mana cara awak release tension?

  • erm..cara release tension ? pegi kedai..beli aiskrim..pastu makan..hahaha :D
4-Kalau awak ada duit yang banyak.Apa awak nak buat dengan duit tuh?

  • banyak benda nak buat..macam2.. :D
5-Hello kitty dengan Rilakkuma.Yang mana lebih comel?

  • of course la rilakkuma !! HAHA :D
6-Kenangan yang awak tak boleh lupakan sampai sekarang.Kenapa?

  • hehe..kenangan time pakwe akak first time bagi coklat..dye cakap..coklat tu tanda sayang dye kat akak..sampai sekarang masih ingat.. :)
7-Dalam setahun.Berapa kali awak tukar template blog awak?
  • hahaha..yang ni tak tentu..kalau tengah ade mood nak edit blog..tukar jela..
8-Siapakah idola awak?
  • my mom and dad :)
9-Antara Coklat dengan Vanilla..yang mana awak suka?
  • coklat !! :D
10-Bila ada masa lapang..Apa awak akan buat?
  • online..hahaha :D
11.Komik dengan Novel..yang mana awak lagi suka?
  • novel
fuhhh..dah abis pun semua soalan..banyak nau soalan kena jawab..hahaha..okay sekarang giliran anis bagi soalan :D

  1. Pendapat awak tentang blog anis ? secara jujurnya ?
  2. Awak sudi tak jadi kawan anis ? haha :P
  3. Tarikh lahir awak bila?
  4. Apa warna kegemaran awak?
  5. Facebook dan twitter?..which one you prefer ?
  6. shawl dan tudung bawal? which one you prefer?
  7. Blog awak edit sendiri atau tempah dengan orang lain?
  8. Target nak kahwin umo berape?..HAHA :D *tak payah jawab bagi yang bawah umo* HAHA :D
  9. Suka makan aiskrim tak?
  10. Awak kuat merajuk tak?
  11. Kak ton tu comel tak? HAHAHAHA :D
hahaha..soalan merapu2..tak tahu nak tanye ape..HAHA :D

anis tag :

okay done ! perghh...penat siott taip entri..okay menyerah kalah..hahaha :D tengah2 taip tadi..tetibe blackout..alahai..opss..ini bukan isu politik ye..ini kisah benar..hahaha :P

UPDATED :

anis kne tag lagi..haha :D malas nk buat entry baru sebab malas nak tag 11 orang lagi dan malas nak buat 11 soalan lagi..nampak tak kemalasan tersebut..haha..malas tahap gaban..edit entry ni jela..haha..kali ni kne tag dengan dik fiqa omeyy..


1. Apa yang korang fikir tentang fiqa? korang suka tak dgn blog fiqa? hee
  • ape yang akak fikir tentang fiqa..akak rase fiqa suke warne purple macam akak..hehe..blog fiqa?..suke sgt2..sebab warne purple..omeyy..kite kan geng purple ! give me five! haha :P

2. Siapa idola korang? selain ibu bapa dan rasulullah?
  • idola eah?..erm..takde la..

3.  Status korang? dah berpunya or single? hihi
  • status?..hahaha..fiqa rase?..cube teka..hahaha :P

4. Impian korang?
  • Impian akak nak jadi seorang jurutera a.k.a engineer yang berjaya pada suatu hari nanti..amin :)

5. Benda apa yg mendorong korang utk terus berblogging?
  • Readers..sebab korang yang selalu bace blog anis..buatkan anis bersemangat nk berblogging..pastu dapat ramai kawan..hepi sangat2..even kite hanye kenal kat alam maya je.. :)

6. Perkara yang korang suka time blogging? dan yg tak suka?
  • suke bile dapat kawan baru dan tak suke bile ade haters :(

7. Tujuan korang berblogging?
  • untuk berkongsi benda yang baru dengan readers :)

8. Your feveret music?
  • feveret music?..suke layan lagu jiwang..hahaha :P

9. Hobi korang dan benda yang korang paling suka buat.
  • hobi?..online kot..hahaha..

10. Pernah tak ada barang yang special dalam hidup korang? yg membawa sejuta nostalgia?
  • penah..sampai sekarang masih simpan..sebab benda tu orang yang tersayang bagi :)

11. Korang boleh tak bagi pandangan/ nasihat/ cadangan mengenai blog korang yang boleh dijadikan teladan utk fiqa?
  • ala..akak tak pandai la nak bagi nasihat..hehe :) blog fiqa dah okey..omeyy mcm owner dye je :)


till then,
kbye :)

Jana RM1,000 Sebulan Dari Rumah Melalui Internet
Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

09 May 2013

Papinka - Masih Mencintainya (Official video +Lirik)

hai :) dah kul 4 pagi da ni..tak dapat tido..duk melayan lagu jiwang ni..best kot ! nak nangis la dengar..nak pinjam bahu :(
jom dengar dan nangis same2 nak? *ayat tak boleh blah* haha :D



Lirik Lagu Papinka – Masih Mencintainya 




Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya wooo wooo
Mengapa mudahnya hatimu mendua

Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya wooo wooo huuu


sedih kan..:(  okay, dah..kesat air mata dan tido :)

gud nite :)




Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

 
Thanks For Coming.All Right Reserved By Anis Zainudin.Basecode By Adam Faiz.Best view in Google Chrome