anis zainudin♥: July 2014
Home Tutorial tips ex banner
Lazada Indonesia

24 July 2014

Koleksi Jubah Muslimah Zalora





hai !

assalamualaikum :)


jubah muslimah zalora



Hari Raya kian menjelang tiba, pastinya ada daripada kita yang sudah mula membuat persiapan raya. Hari Raya tidak akan lengkap tanpa persalinan yang serba baru. Setuju? Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Jika dahulu, baju kurung merupakan pilihan utama para wanita untuk bergaya ketika sambutan perayaan ini namun, kini pakaian seperti kaftan, jubah, kurung moden dan kurung peplum merupakan pilihan favorite! Jika anda mendambakan sepasang jubah moden yang selesa, ambil peluang ini untuk menemui pelbagai koleksi jubah Muslimah Zalora  dengan tawaran harga yang amat menakjubkan hari ini juga!
   

kaftan dan jubah




Sebelum tu, jom kita kupas sedikit info mengenai asal-usul pemakaian jubah. Jubah  merupakan pakaian lazim atau pakaian tradisional yang dipakai oleh wanita di negara Timur Tengah. Kebiasaanya, mereka memakai jubah atau abaya yang berona gelap (hitam) serta dipadankan dengan tudung yang juga berwarna hitam. Namun, dengan perkembangan fesyen Muslimah yang semakin diterima ramai di segenap rantau, pemakaian jubah telah menjadi semakin popular dikalangan para wanita di beberapa negara Islam termasuk Malaysia.

Apa yang menarik, jubah bukan sahaja boleh didapati dalam warna hitam tetapi juga tersedia dalam pelbagai rekaan dan corak yang menarik. Masih mengekalkan potongan yang sopan dan menutupi anggota tubuh badan anda, ia direka dengan sedikit sentuhan moden dengan penggunaan fabrik yang selesa. Jubah moden bukan sahaja boleh anda gayakan ketika sambutan perayaan Hari Raya, tetapi juga apabila anda ingin menghadiri undangan-undangan istimewa atau ke tempat kerja.

Untuk koleksi jubah yang menawan ini, lawati laman web ZALORA Malaysia hari ini juga! Segalanya boleh anda miliki dengan mudah apabila anda membeli-belah secara online bersama ZALORA. ZALORA menyediakan perkhimatan penghantaran ke rumah anda dan pelbagai kaedah pembayaran yang selamat.

 p/s : korang dah beli baju raya belom? kalau belom jom lah shopping kat zalora ! senang dan tak payah nak bersesak-sesak dengan orang kan :) lagipun banyak pilihan dan harga berpatutan kan :) happy shopping ! :)

till then,
Kbye :)

















Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

flower boys next door !

hai !
assalamualaikum :)

dah lama tak membebel kat blog ni.
flower boys next door..dengar pun dah tahu tajuk drama korea kan..hehe..tajuk2 biasa drama korea..tp drama melayu lagi merepek tajuk dia..haha..Lulz.

korang mesti ada yang dah penah tengok cerita ni kan? kalau yang jenis layan korea mesti dah lama tengok sebab cerita ni released tahun lepas kot..anis yang ketinggalan baru tengok..hee.
dah lama tak layan korea..tp terlayan pulak cerita ni akibat kebosanan duduk dirumah..then jalan cerita dia agak menarik.

overall cerita ni anis boleh ckp best ! tambah pulak park shin hye berlakon..haih comel nau nau.
cerita ni ada part sedih, part romantik sikit, part comel comel sikit hee..anis tengok drama ni kat tonton.

korean drama


sinopsis :


google sume jumpa sinopsis bahasa omputeh pulak..sorry hihi tak reti lah anis nak explain balik..korang tengok lah nanti..best tau >,<

time tengok cerita ni kan, watak Ko Dok-Mi (Park Shin Hye)  ada macam diri anis sikit..anis takot nak rapat dengan orang, maksudnya nak ada kawan baik, sebab ada pengalaman tersendiri, pengalaman pahit yang menyebabkan rasa macam " aku boleh hidup tanpa kawan baik" "aku tak percaya pada kawan baik"..anis ada kawan tapi tak rapat sampai tahap boleh dipanggil "bff"..hm.

okay lah selamat menonton ! bye :)





Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

23 July 2014

Berapakah tempoh masa sesuatu iklan nuffnang berada di blog?

hai !

assalamualaikum :)

minggu lepas anis ada hantar tiket kat nuffnang..anis tanya berapa lama tempoh masa sesuatu iklan tu akan berada di blog.saja je hantar..sekali nuffnang balas haa amek kau panjang nau nau haha :D

*klik untuk nampak lebih jelas*

 okay sekarang baru faham..thanks nuffnang ! diatas respon yang cukup baik :)

p/s : klik lah iklan nuffnang anis kalau tak keberatan hee :)

till then,
kbye :)


Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

15 July 2014

Fakta tentang kurma..tahukah anda?

kurma


assalamualaikum,
hai ! :)


sekadar perkongsian.
1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?


p/s : anis pun baru tahu tentang fakta2 ni.

till then,
kbye :)
Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

09 July 2014

Tips Ramadhan : Kurangkan Rasa Haus Ketika Berpuasa #WordlessWednesday

Assalamualaikum..

first time update guna fon..tak sempat on laptop..tak tahu mcm mne rupenye..harap gambar tu jelas.
semoga bermanfaat 



Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

08 July 2014

Hukum Makan masakan orang yang tidak mengikut suruhan allah





hai ! assalamualaikum :)

hari tu anis ada dengar ceramah ustaz kazim elias "Kalau dah jodoh" dekat astro oasis..dalam rancangan tu ada orang tanya soalan "apakah hukum kalau kita makan masakan orang yang tak ikut suruhan Allah?" dalam erti kata lain contohnya tak solat, tak tutup aurat dan lain-lain perbuatan yang tidak mengikut suruhan Allah.

jawapan ustaz kazim :

secara fekahnya, hukum nya harus selagi makanan tersebut halal tapi secara tasawuf nya..macam kesan kat diri kita lah..tak diberkati dan tak diredhai Allah sebab orang yang masak masakan tersebut tak ikut suruhan Allah.

tu jawapan ustaz kazim yang anis ingat..alhamdulillah terjawab jugak persoalan selama ni..anis pun tertanya2 jugak hukum nya..

Till then,
kbye :)



Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

 
Thanks For Coming.All Right Reserved By Anis Zainudin.Basecode By Adam Faiz.Best view in Google Chrome