anis zainudin♥
Home Tutorial tips ex banner
Lazada Indonesia

03 July 2018

Product Review : Althea Petal Velvet Powder


Hi ✋ today I nak review Althea Petal Velvet Powder. Available in #0 Translucent and #23 Warm Beige colors. I punya yang translucent. I guna this powder untuk set my face and really love this.

My thoughts about this loose powder ;

Texture :
Halus sangat! Macam bedak baby tu! 

Scent :
This loose powder wangi ! Bau mcm bunga camtu. I suka bau dia.

Size :
Saiz dia kecik comel je sesuai sangat untuk travel or keluar jalan2 ke letak je dalam handbag!

Price : 
Rm16.

Where to buy? :
I beli online dekat Althea.
Here the link :
https://my.althea.kr/petal-velvet-powder

I apply this powder dekat smile lines sbb I ada problem crack dekat smile lines tu  kalau pakai foundation since I have dry skin. So far okay lepas set guna this powder and dia buat make up you jadi matte jugak. So sesuai if you have oily skin and nak set makeup you, you boleh try guna this loose powder. So far I suka this loose powder. Murah pun murah compared to other brand.

Puff dia sangat lembut.




So setakat ni je review I untuk kali ni. Happy trying :) thanks for reading :)

Disclaimer:
This is not a sponsored or paid review. I bought this with my own money.

Much Love,
Anis Zainudin❤️



Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

01 July 2018

Product Review : Loreal Infallible Pro Matte Foundation


Hi ! Today  I nak review this foundation, Loreal Infallible Pro matte from Loreal.
Foundation ni ada banyak shade jugak lah tapi I beli yg shade 102 Shell Beige sebab shade ni match my skin tone.

Okay my thoughts on this foundation ;

Texture :
Tak cair sangat takpekat sangat. Bebiasa je.

Coverage :
Medium to full coverage. I dah tak guna any concealer kalau guna foundation ni. Tapi even dia medium to full coverage tapi still rasa ringan dekat muka and tak rasa berat bagi I.

Finish:
Bagi I this foundation mcm powdery finish macam tu, I takperlu set pakai powder dah! Unless kalau your skin extra oily camtu still kena set pakai powder kot. Tapi bagi I, bagi yg ada dry skin,walaupun dia powdery finish tapi still okay dekat dry skin mcm I. So if you have dry skin, you still boleh pakai this foundation. 🤗

Price :
Around Rm70+ camtu.

Where to buy? :
Korang boleh beli dekat Watsons and Guardian ada.

This foundation claims wear up to 24 hours tapi I taktahu dia tahan sampai 24 hours or not sebab I pakai dalam 3-4 jam camtu je biasanya sebab nak remove nak solat semua kan so I takboleh nak bagi review on that.

Okay tu je review I untuk kali ni. Thank you for reading. Have a nice day everyone and happy trying ❤

Much Love,
Anis Zainudin ❤


Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

23 March 2018

DIY Sheet Mask!


Image result for sheetmask
credit to google

hai assalamualaikum! siapa dekat sini suka pakai sheet mask? its meeeee! *angkat tangan* anis suka 

gila sheet mask 😍, anis dapat rasa perubahan dekat skin since start pakai sheet mask,tapi 

mahal jugak lah untuk sekeping sheet mask tu, lagi2 student macam anis kan, so anis ada cara yang lagi jimat dan senang untuk korang pakai sheet mask dengan harga yang murah dan paling penting selamat!
 korang tahu tak yang korang boleh buat sheet mask tu sendiri tau!😍


Sheet mask ni untuk brightening, glowing and clear skin !
so let'sssssssssssss watch this video! 



Apa yang korang kena ada ialah ;
  • Compressed mask ( yang ni korang boleh beli dekat watsons, Mr.DIY, pun ada)
  • Lemon 
  • Madu ( Make sure madu yang original tau!)
  • Bekas ( Untuk campurkan bahan2 tu)
1. First of all, perahkan lemon tu dalam bekas. Banyak mana nak perah? (Actually sukatan dia ikut suka hati korang) anis guna half daripada lemon tu.
2. Lepastu korang masukkan madu, untuk madu pun suka hati korang jugak (tapi bagi seimbang dengan banyak mana korang letak lemon tadi lah).
3. Then korang kacaulah sehingga sebati.
4. Masukkan compressed mask tadi. 
5. Then siap! Dah boleh pakai dah 😍
Senang kan? tapi jangan lupa cuci muka korang lepas dah biarkan dalam 30 minit camtu, nanti 


bersemut pulak muka korang 😝
bye! 

Much Love ❤️,
Anis Zainudin.



Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

19 May 2017

Fav Skincare !

Assalamualaikum,hai ! :)

Lamanya tak blogging! Rasa macam awkward sikit nak menaip sebab dah lama tak taip entri blog haha banyak taip assignment je sekarang haha blog pun dah berhabuk dah ni tapi harini tetibe rasa rajin sikit nak menaip hari minggu ni (padahal banyak lagi assignment belum siap)

So harini anis nak buat short review tentang beauty product/skincare yang anis dah try dan guna sendiri. So ni honest review anis sendiri tau ! 


1. Biore Cleansing Oil


Okay yang ni sumpah best gila dan sangat affordable berbanding cleansing oil brand lain ! Okay bagi yang tak tahu cleansing oil ni fungsinya apa,fungsinya untuk remove make up, macam waterproof mascara pe sume tu kan susah nak remove, tapi guna cleansing oil ni terus boleh hilang! Cara guna dia macam guna cleanser biasa tu,takyah guna kapas pe sume then bilas guna air! Yang bestnya lepas cuci tu tak rasa berminyak pun even dia oil-based pun! Korang boleh beli dekat drugstore : Guardian/Watsons


2. Garnier Micellar Cleansing Water


Yang ni lagi satu makeup remover yang best! Senang sangat nak guna, just guna kapas dan tak perlu bilas! Muka rasa bersih sangat lepas guna tu! Harga pun sangat affordable. Korang boleh beli dekat drugstore : Guardian/Watsons


3. St. Ives Green Tea Scrub


Scrub ni sumpah best ! sebab dia tak kasar pun macam sesetengah scrub, macam anis kan kulit sensitif sangat, so highly recommend for those yg  ada sensitive skin! dan paling best blackhead anis dah kurang sejak guna scrub ni, dan anis dah guna setahun lebih dah and i really love it <3 Korang boleh beli dekat drugstore : Guardian/Watsons

4. The Face Shop Jeju Aloe 99%


Yang ni anis punya holy grail product ! Anis dah guna dua tahun kot, Sumpah best gila <3 sebab dia multi purpose! macam2 korang boleh buat dengan satu product ni, macam anis guna as moisturiser, sejuk sangat bila pakai ! sebelum tidur pun anis pakai as sleeping mask, esoknya bila basuh muka rasa lembab jeee . Korang boleh beli dekat the face shop :)

5. Aiken Tea Tree Oil Spot Away Pore Refining Toner


Yang ni pun anis punya holy grail product jugakkk ! <3 dah berbotol-botol dah anis guna, dah guna dua tahun kot rasanya, dah la murah ! memang best,sesuai sangat dengan muka, bukan toner dia je best tau. cleanser dia,moisturiser dia pun best! muka anis dulu oily sangat pastu lepas guna aiken full set, muka dah tak oily !  so kalau korang jenis muka oily boleh try guna aiken ni, sumpah best. highly recommend! bila anis stop pun muka dah tak oily :))) Korang boleh beli dekat drugstore : Guardian/Watsons

6. Bio-essence Miracle Bio Water 


Face mist ni best sangat untuk sensitive skin! muka lembab je bila pakai dia, selalu anis pakai sebelum mekap dan selepas mekap! Korang boleh beli dekat drugstore : Guardian/Watsons

7. Oxy 10 cover 

Yang ni krim untuk jerawat, tapi yang bestnya colour dia macam concealer! kan kebiasaan ubat jerawat kan warna putih camtu dan kalau kita pakai nampak macam kita pakai jerawat kan, tapi yang ni tak! colour dia macam concealer! maybe sebab tu nama dia oxy cover kot? hehe tapi best! anis kalau muka tumbuh jerawat,sapu benda ni sebelum tidur dan esok pagi jerawat dah kecut! 
Korang boleh beli dekat drugstore : Guardian/Watsons

8. Bio Essence 24K Bio Gold Gold Water

yang ni serum yg sangat affordable! harga dia tak sampai Rm30 pun untuk 50 ml ! murah dan best ! serum boleh lembabkan muka korang kalau apply sebelum make up! available dekat drugstore.

9.It's Skin Vc Effector

Ni lagi satu serum yang best! anis suka gila bau dia.bau oren ! rasa nak makan je lol serum ni serum vitamin c, macam kita tsemua tahu kan, vitamin c sangat bagus untuk kulit! boleh cerahkan kulit dan macam-macam lagi, korang boleh dapatkan dekat hermo! 

10. Sensual Plus Serum


yang ni sumpah best gila! holy grail product jugak ! anis ada review panjang2 dekat --> SINI korang boleh baca dekat link tu okay? :)

okay tu je untuk kali ni ! bye :)

much love,
Anis Zainudin.







Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

17 September 2016

Review : Sensual Plus Scar Serum ; Serum best untuk hilangkan parut !

Hai ! Assalamualaikum :)

Lamanya tak membebel kat blog haha so harini nak membebel panjang sikit ! Haha

Dah lama tak buat review produk, so harini rasa macam nak buat review produk since produk tu result dia memang best gilaaaaaaaaaaaa! So anis decide nak share dengan korang jugak ! yeay jom cantik sesama haha :P ni honest review tau! anis memang guna sendiri bukan sesaje reka tau !
So baca sampai habis tau :P *paksa*

Anis ada resdung so kulit anis sensitif dan senang sangat tumbuh jerawat kalau tak jaga makan, dan beberapa bulan lepas, anis tengah cuti sem masa tu, tetibe muka breakout teruk gila taktahu kenapa :( rasanya mungkin allergic makan kot :( memang down kejap masa tu :( takpenah tumbuh jerawat banyak macam tu :( first time lah masa tu. pastu lelama tu jerawat dah hilang,alhamdulillah. tapi macam biasa lah kalau tumbuh jerawat mesti akan tinggalkan kesan parut kan? sangat lah tak seronok :(

so sebelum ni anis dah try guna macam-macam serum/oil ke apa semua untuk hilangkan parut tapi tak berkesan pun dekat anis, taktahu lah kenapa :( tak sesuai dengan muka kot. tapi sampai lah anis try sensual plus scar serum ni ! alahai best gilaaaaaaaaaaaaaa!

botol dia kecik je comel je eii geram haha

So satu botol tu boleh tahan seminggu, kena habiskan dalam masa seminggu je tau sebab dia takde chemical so taktahan lama.


Satu kotak tu ada 10 botol, maknanya untuk 10 minggu insya Allah parut2 semua makin hilang ! depends dekat parut jerawat korang lah,yang baru atau lama,kalau parut baru cepat sikit,kalau parut lama tu makan masa sikit, tapi nak cantik kena sabar okay ! jangan putus asa!
Serum ni ada kelulusan KKM so jangan risau :) memang selamat digunakan :)
selain scar serum ni,sensual plus ni pun ada banyak lagi tau serum lain yang ada fungsi berbeza mengikut masalah kulit korang,boleh WhatsApp anis untuk maklumat lanjut nanti anis explain dekat sana :)


So harga dia affordable sangat, sekotak ada 10 botol tu =Rm35+ postage RM7 sm /Rm11 ss.
Kalau korang nak order/nak tanya lebih lanjut boleh WhatsApp anis 018-9057364 (business only) sebab kalau komen kat blog takut anis tak perasan dan tak sempat nak bukak blog so direct WhatsApp je okay?

till then,okay bye !

Much Love,
Anis Zainudin.



Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

21 June 2016

Kurung Pahang Moden Kini Kembali!

Hai! *lambai-lambai tangan*

Assalamualaikum !

Lamanya tak update blog, busy betul sejak sambung degree ni, so harini nak cerita pasal baju raya. Pejam celik pejam celik dah nak raya dah kan lagi dua minggu? Korang dah beli baju raya belum? Kalau belum,apa kata korang tengok baju raya dekat Zalora ni, semua cantik-cantik tau. Anis pun dah rambang mata ni. Jom tengok !






Tidak dinafikan majoriti wanita kini lebih gemar menggayakan koleksi baju kurung moden sebagai persalinan pilihan ketika sambutan perayaan seperti Hari Raya dan juga apabila menghadiri majlis-majlis keramaian. Namun begitu, masih terdapat juga segelintir golongan wanita yang masih meminati potongan baju kurung yang lama seperti koleksi baju kurung Kedah dan koleksi baju kurung Pahang. Baju kurung Pahang moden khususnya amatlah selesa dipakai dengan rekaan pesak yang cukup lebar dan longgar. Jenis baju kurung ini sesuai dipakai oleh semua jenis bentuk badan wanita baik yang kecil molek mahupun bertubuh gempal.


Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, sekali lagi koleksi baju kurung Pahang moden menambat hari ramai wanita dengan rekaan klasik yang turut diberikan sentuhan moden sesuai kehendak trend terkini.

Kita dapat lihat penglibatan pereka-pereka fesyen tersohor tanah air seperti Rizalman, Syaiful Baharim dan Bella Ammara yang membawakan koleksi baju kurung Pahang moden sebagai salah satu koleksi raya mereka untuk para penggemar. Masih mengekalkan rekaan asal baju kurung Pahang tersebut, namun elemen moden seperti potongan kain yang sedikit berlainan dan rekaan bahagian baju yang diubah suai memberikan nafas baru kepada industri fesyen tempatan.



Semoga warisan ini tetap dijaga dan akan dipakai oleh generasi kini dan seterusnya diangkat oleh generasi yang akan datang. 

p/s : Macam mana? Cantik kan?  Jom shopping kat zalora ! Senang dan tak payah nak bersesak-sesak dengan orang kan :) Lagipun banyak pilihan dan harga berpatutan kan :) 
Happy shopping ! :)



Much Love,
Anis Zainudin.


Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

01 February 2015

Review: Krim BB/BB Cream Safi Balqis White Trilogy

hai !
assalamualaikum :)

hai korang *lambai-lambai tangan*
hari ni dah 1 februari kan, cepatnya masa berlalu kan, semoga Allah mempermudahkan setiap urusan aminnn ! hmm, tetibe terasa rajin nak update blog ni, tapi tak tahu nak update pasal apa sebab life anis tak menarik macam life engkorang so update pasal produk review pun boleh lah kan? :')

okay hari ni nak review produk anis baru je cuba and i really love it :) produk tersebut ialah krim bb/bb cream safi balqis white trilogy. Produk ni mungkin dalam tahun lepas lah kot dah ada, tapi anis je yang baru try sebab anis bukan jenis yang suka cuba macam2 produk, kalau dah suka satu benda tu, i will stick to it till the end of the day :') ecehh nak cakap anis ni jenis setia lah jadi nikahilah saiaaa lol (takde kaitan).

okay apa yang anis suka sangat pasal bb cream ni ialah sebab bila pakai muka nampak natural rasa macam tak pakai apa-apa pun tau ! anis jenis tak suka pakai mekap, sebab anis ni pemalas tahap hmm tak tahu nak cakap contoh macam keluar pergi mana-mana kan mesti lah nak solat apa semua tu kan, pastu nak kena remove mekap apa semua tu pastu nak reapply balik rasa macam leceh lah kan bagi orang pemalas macam anis kan. so anis just pakai bb cream dan lip balm dah setel.


krimbb/bbcream safi balqis white trilogy
time anis beli ada percuma 25% ehem seronok iolsss hahaha


Krim BB SPF30PA++ SAFI BALQIS White Trilogy bertindak menutup cela, melembap kulit serta menyamaratakan tona sebelum menggunakan solekan. Ia digunakan sebagai asas solekan dan pelindung UV sambil mencerah kulit dengan sempurna dan selamat.
SAFI BALQIS White Trilogy dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Kiwi bertindak menerusi 3 lapisan kulit* untuk 10 aksi pada kulit wajah**:
  • Menutup cela
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Melindungi dari sinaran UV
  • Mencerahkan kulit
  • Memudarkan pigmentasi
  • Litupan sempurna tanpa menutup pori-pori wajah
  • Mengekalkan lembapan
  • Melembutkan kulit
  • Menghaluskan kulit
  • Melicinkan kulit
Hasilnya: Kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.
* Pada lapisan epidermis.
** Dengan penggunaan berterusan bersama rangkaian produk SAFI BALQIS White Trilogy.

(copy paste je kat google bapak pemalas gila anis ni lol)

paling anis suka bau dia, wangi gila tau !  bila apply kat muka rasa lembut je muka..tapi kalau korang nak tutup parut jerawat ke kan, dia tak full coverage kot ea orang panggil, macam parut manja-manja cenggitu boleh lah kot ( ada ke parut manja-manja) standard lah kot bb cream kalo full coverage tu biasanya foundation lah nama dia kan? ( ntah anis pun tak tahu sangat mekap ni)

alkisahnya anis boleh terbeli bb cream ni hari tu anis jalan-jalan kat mall jalan sorang-sorang kat bahagian mekap pastu tertengok tester dia dan tercuba dan tersuka (padahal memang suka cuba tester pun haha )

so, kalau korang yang jenis tak suka mekap dan macam nak nampak natural kan taknak macam tepung gomak lol melampau nya bahasa engko anis haha korang boleh lah cuba try bb cream ni yeayyyy !
 

krimbb/bbcream safi balqis white trilogy
acah acah macam duta safi balqis pulok haha lol hashtag no filter lol
harga pun tak mahal bawah RM20 je :')

mahu kasi berapa bintang ya? berapa ya? *tiru cara cakap farah quinn juri maharaja lawak mega*

anis suka,anis bagi 4 bintang !
 
so, last words dari anis, selamat mencuba ! :')

kbye :')

twitter: @anisss_zainudin
instagram:@farahaniszainudin


p/s: parut jerawat boleh lah cover guna mekap tapi parut dihati macam mana? hmmmm *tetibe jiwang*

much love,
Anis Zainudin.















Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

28 January 2015

Review Produk : Produk daripada Citra Mulia

Hai,

Assalamualaikum :)

Hari ni anis nak review produk yang anis dapat daripada Citra Mulia , thank you Citra Mulia for the products :)

1. DR. HERBAL WHITENING AB CREAM 20gm




 



  •  Produk perawatan kulit wajah yang 100% terbuat dari bahan herbal, sesuai untuk semua kulit wajah.
  •     Diformulasikan khusus untuk membaiki semula struktur kulit dan lapisan sel-sel kulit yang rosak.
  •     Mengandungi Kolagen untuk membantu anda merawat dan melembab kulit wajah anda.
  •     Dr.Herbal dapat meremajakan semula wajah dan mencerahkan kulit wajah.



Manfaat DR. HERBAL WHITENING AB CREAM

  • Mencerahkan dan memutihkan wajah.
  • Wajah kusam, gelap dan kekuningan kembali menjadi putih bersinar.
  • Menghilangkan flek-flek, jerawat dan noda hitam
  • Menghilangkan tompok yang disebabkan oleh sinaran uv
  • Menjaga keanjalan kulit wajah
  •  Mengatasi liang besar dan bekas jerawat sehingga wajah kembali menjadi mulus dan halus
  • Menghilangkan kedutan pada wajah.
  • Menghaluskan dan memberi kelembapan semula jadi bagi wajah.

Cara pakai:

~ Bersihkan wajah terlebih dahulu

~ sapukan THE FACE GEL SERUM.

~ Ambil Krim secukupnya

~ Sapukan krim A untuk pagi dan krim  B untuk malam.

2. THE FACE Supreme Whitening Day & Night

Gel Serum 50ml Serum untuk menjadikan kulit cerah dan bersih seketika. Ia juga sebagai anti penuaan, menghilangkan kerut di wajah, serta melembabkan, melicinkan, dan memutihkan kulit. Dengan formula khusus yang cepat menghilangkan melasma, flek-flek hitam, dan memutihkan kulit wajah, kandungan vitamin B5 mengaktifkan sel-sel kulit yang baru juga berfungsi sebagai antioksidant untuk mencegah radikal bebas yang merosakkan kulit. Mencegah sel pigmen sehingga kulit lebih cerah, dengan tambahan pelembab aktif yang dapat menjana semula kulit sehingga terhindar dari keriput atau penuaan.

Fungsi Gel Serum:
  • Mengurangkan bekas-bekas jerawat
  • Memutihkan kulit wajah
  • Menghilangkan flek hitam
  • Mencerahkan warna kulit -
  • Meratakan warna kulit
  • Mengecilkan liang wajah
  • Menghaluskan dan mengenyalkan kulit

Cara penggunaan:
  •  Bersihkan muka anda.
  • Sapukan sedikit serum dan leburkan dalam tapak anda
  • menyampaikan lapisan nipis serum cair di bahagian muka anda dan tekan, urut sehingga diserap sepenuhnya.
  • Gunakan setiap hari waktu pagi dan malam, dan akan mendapat kesannya selapas penggunaan 7 hari.



3. Milano Ashley Lotion 500ml
  • Memastikan kulit anda kekal lembap sepanjang hari.
  • Menjadikan kulit anda berseri secara semulajadi.  
  • Mengandungi banyak protein, mineral, dan vitamin yang  menjadikan kulit anda berseri.

untuk info lanjut tentang produk diatas atau produk lain keluaran citra mulia boleh tekan ---> SINI

okbye.

much love,
Anis Zainudin.




Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

10 January 2015

Hai 2015




hai ! assalamualaikum ! :)



Ya Allah lamanya tak update blog, dah berhabuk blog *tiup2 habuk* rindu tak? *syok sendiri engko anis* haha sorry anis bz (padahal malas gila lol).
okay entri pertama dalam 2015 ehem ehem rasanya belum berlambat lagi nak wish, happy new year uolss !

1 Januari 2015 hari tu, minggu lepas lah kan, anis dah genap umo 21 tahun yeayy dah tua lol *seronok sangat kenapa ntah* tapi still ramai ingat anis sekolah lagi knape ntah mungkin sebab terbantut tak membesar seperti remaja lain ecehh

bila dah tua ni, serius stress tau fikir masa depan.

okay tahun 2014 sememangnya meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis *skema sgt ayat* i'm gonna miss you,2014. tahun lepas lah abis belajar setelah 3 tahun perah otak, dan tahun lepas jugak lah konvo, yup happy sangat masa tu..tahun lepas lah jugak dapat jumpe abam muiz ,alah rindunyaaaaaaaaaaaaaaa....sape abam muiz? ehem ehem biarlah rahsia haha *orang taknak tahu pun nis, takyah over sangat haha *

tapi serius, bila dah abis blaja ni, rindu nyaaaa ya allah zaman belajar, rindu kawan2, rindu semua benda lah hm taknak citer kang nangis lagi kat sini.
 
tahun 2015 ni, anis harap jadi lebih baik, lebih matang hm hari tu bukak fb setelah 3 bulan tak bukak sebab tetibe hati terdetik suh bukak delete gambar2,pastu tengok gambar2 lama dalam hati cakap "ya allah teruknya aku ni dulu,pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek, ya Allah kesian ayah aku tanggung dosa aku " serius menangis :(
gambar 3-4 tahun lepas tapi lupe delete haih.

entri2 yang merepek2 kat blog pun anis dah delete, zaman muda mudi suka nau merepek2 benda tak penting lol.

anis nak ubah diri slow2,semoga Allah permudahkan amin !

harapan anis untuk tahun 2015 ni tak mintak banyak pun harap Allah bagi kekuatan untuk hadapi dugaan dan Allah permudahkan urusan hidup, amin amin ! :)

doakan yang terbaik untuk anis okay? :)

much love,
Anis Zainudin.






Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

11 August 2014

Mudahnya Menjemput Rezeki -Fathuri Salehuddin

hai !

assalamualaikum :)

dah lama tak membebel kat blog ni..malam ni rasa macam nak membebel sikit..kesian blog dah lama tak update hee :D


Mudahnya menjemput rezeki, penulis dia Fathuri Salehuddin..korang penah baca buku ni? kalau belum baca, apa kata korang beli dan try baca..Ya Allah, serius best.

memang berbaloi kalau beli buku ni..baca buku ni..boleh bagi motivasi kat diri sendiri.

serius,cakap.

tambah2 sejak anis jadi penganggur ni, erm tiga bulan kot, anis baru abis diploma..niat memang nak sambung degree kalau ada rezeki, tapi bukan masa terdekat ni lah..sebab belum apply..sebab utama sebab belom amek muet :(

ingat macam nak keje dulu sementara,tapi kat tempat anis susah dapat keje..nak merantau ke negeri orang..mak anis macam tak bagi sangat, sebab takde tempat tinggal sume susah kan..dia risau kot..mak biasa lah..mesti lah risau.

err ter-cerita benda lain pulak..nak cerita tentang buku ni sebenarnya..sorry.

anis suka ayat2 motivasi dalam buku ni

"Apabila sudah rezeki, akan tiba juga. Tidak terkurang sedikit pun. Tidak terlewat atau lebih cepat walau sesaat. Jelasnya, tiada yang namanya kebetulan. Semuanya berlaku atas izin Allah"

serius,tenang je hati bila baca buku ni.

fikir positif, mungkin belom rezeki anis kot.


korang beli dan baca lah okay ! :)

till then,
bye

much love ,
  • Anis Zainudin

Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

04 August 2014

Free Sample Downy Mystique & Olay Regenerist Revitalising Serum



hai !

assalamualaikum :)






Free Sample Downy Mystique & Olay Regenerist Revitalising Serum from everydayme.

Korang boleh request kat sini ---> KLIK

till then,
kbye :)

Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

24 July 2014

Koleksi Jubah Muslimah Zalora





hai !

assalamualaikum :)


jubah muslimah zalora



Hari Raya kian menjelang tiba, pastinya ada daripada kita yang sudah mula membuat persiapan raya. Hari Raya tidak akan lengkap tanpa persalinan yang serba baru. Setuju? Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Jika dahulu, baju kurung merupakan pilihan utama para wanita untuk bergaya ketika sambutan perayaan ini namun, kini pakaian seperti kaftan, jubah, kurung moden dan kurung peplum merupakan pilihan favorite! Jika anda mendambakan sepasang jubah moden yang selesa, ambil peluang ini untuk menemui pelbagai koleksi jubah Muslimah Zalora  dengan tawaran harga yang amat menakjubkan hari ini juga!
   

kaftan dan jubah




Sebelum tu, jom kita kupas sedikit info mengenai asal-usul pemakaian jubah. Jubah  merupakan pakaian lazim atau pakaian tradisional yang dipakai oleh wanita di negara Timur Tengah. Kebiasaanya, mereka memakai jubah atau abaya yang berona gelap (hitam) serta dipadankan dengan tudung yang juga berwarna hitam. Namun, dengan perkembangan fesyen Muslimah yang semakin diterima ramai di segenap rantau, pemakaian jubah telah menjadi semakin popular dikalangan para wanita di beberapa negara Islam termasuk Malaysia.

Apa yang menarik, jubah bukan sahaja boleh didapati dalam warna hitam tetapi juga tersedia dalam pelbagai rekaan dan corak yang menarik. Masih mengekalkan potongan yang sopan dan menutupi anggota tubuh badan anda, ia direka dengan sedikit sentuhan moden dengan penggunaan fabrik yang selesa. Jubah moden bukan sahaja boleh anda gayakan ketika sambutan perayaan Hari Raya, tetapi juga apabila anda ingin menghadiri undangan-undangan istimewa atau ke tempat kerja.

Untuk koleksi jubah yang menawan ini, lawati laman web ZALORA Malaysia hari ini juga! Segalanya boleh anda miliki dengan mudah apabila anda membeli-belah secara online bersama ZALORA. ZALORA menyediakan perkhimatan penghantaran ke rumah anda dan pelbagai kaedah pembayaran yang selamat.

 p/s : korang dah beli baju raya belom? kalau belom jom lah shopping kat zalora ! senang dan tak payah nak bersesak-sesak dengan orang kan :) lagipun banyak pilihan dan harga berpatutan kan :) happy shopping ! :)

till then,
Kbye :)

















Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

flower boys next door !

hai !
assalamualaikum :)

dah lama tak membebel kat blog ni.
flower boys next door..dengar pun dah tahu tajuk drama korea kan..hehe..tajuk2 biasa drama korea..tp drama melayu lagi merepek tajuk dia..haha..Lulz.

korang mesti ada yang dah penah tengok cerita ni kan? kalau yang jenis layan korea mesti dah lama tengok sebab cerita ni released tahun lepas kot..anis yang ketinggalan baru tengok..hee.
dah lama tak layan korea..tp terlayan pulak cerita ni akibat kebosanan duduk dirumah..then jalan cerita dia agak menarik.

overall cerita ni anis boleh ckp best ! tambah pulak park shin hye berlakon..haih comel nau nau.
cerita ni ada part sedih, part romantik sikit, part comel comel sikit hee..anis tengok drama ni kat tonton.

korean drama


sinopsis :


google sume jumpa sinopsis bahasa omputeh pulak..sorry hihi tak reti lah anis nak explain balik..korang tengok lah nanti..best tau >,<

time tengok cerita ni kan, watak Ko Dok-Mi (Park Shin Hye)  ada macam diri anis sikit..anis takot nak rapat dengan orang, maksudnya nak ada kawan baik, sebab ada pengalaman tersendiri, pengalaman pahit yang menyebabkan rasa macam " aku boleh hidup tanpa kawan baik" "aku tak percaya pada kawan baik"..anis ada kawan tapi tak rapat sampai tahap boleh dipanggil "bff"..hm.

okay lah selamat menonton ! bye :)





Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

23 July 2014

Berapakah tempoh masa sesuatu iklan nuffnang berada di blog?

hai !

assalamualaikum :)

minggu lepas anis ada hantar tiket kat nuffnang..anis tanya berapa lama tempoh masa sesuatu iklan tu akan berada di blog.saja je hantar..sekali nuffnang balas haa amek kau panjang nau nau haha :D

*klik untuk nampak lebih jelas*

 okay sekarang baru faham..thanks nuffnang ! diatas respon yang cukup baik :)

p/s : klik lah iklan nuffnang anis kalau tak keberatan hee :)

till then,
kbye :)


Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

15 July 2014

Fakta tentang kurma..tahukah anda?

kurma


assalamualaikum,
hai ! :)


sekadar perkongsian.
1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?


p/s : anis pun baru tahu tentang fakta2 ni.

till then,
kbye :)
Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

09 July 2014

Tips Ramadhan : Kurangkan Rasa Haus Ketika Berpuasa #WordlessWednesday

Assalamualaikum..

first time update guna fon..tak sempat on laptop..tak tahu mcm mne rupenye..harap gambar tu jelas.
semoga bermanfaat 



Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

08 July 2014

Hukum Makan masakan orang yang tidak mengikut suruhan allah





hai ! assalamualaikum :)

hari tu anis ada dengar ceramah ustaz kazim elias "Kalau dah jodoh" dekat astro oasis..dalam rancangan tu ada orang tanya soalan "apakah hukum kalau kita makan masakan orang yang tak ikut suruhan Allah?" dalam erti kata lain contohnya tak solat, tak tutup aurat dan lain-lain perbuatan yang tidak mengikut suruhan Allah.

jawapan ustaz kazim :

secara fekahnya, hukum nya harus selagi makanan tersebut halal tapi secara tasawuf nya..macam kesan kat diri kita lah..tak diberkati dan tak diredhai Allah sebab orang yang masak masakan tersebut tak ikut suruhan Allah.

tu jawapan ustaz kazim yang anis ingat..alhamdulillah terjawab jugak persoalan selama ni..anis pun tertanya2 jugak hukum nya..

Till then,
kbye :)



Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

 
Thanks For Coming.All Right Reserved By Anis Zainudin.Basecode By Adam Faiz.Best view in Google Chrome