anis zainudin♥: 2015
Home Tutorial tips ex banner

01 February 2015

Review: Krim BB/BB Cream Safi Balqis White Trilogy

hai !
assalamualaikum :)

hai korang *lambai-lambai tangan*
hari ni dah 1 februari kan, cepatnya masa berlalu kan, semoga Allah mempermudahkan setiap urusan aminnn ! hmm, tetibe terasa rajin nak update blog ni, tapi tak tahu nak update pasal apa sebab life anis tak menarik macam life engkorang so update pasal produk review pun boleh lah kan? :')

okay hari ni nak review produk anis baru je cuba and i really love it :) produk tersebut ialah krim bb/bb cream safi balqis white trilogy. Produk ni mungkin dalam tahun lepas lah kot dah ada, tapi anis je yang baru try sebab anis bukan jenis yang suka cuba macam2 produk, kalau dah suka satu benda tu, i will stick to it till the end of the day :') ecehh nak cakap anis ni jenis setia lah jadi nikahilah saiaaa lol (takde kaitan).

okay apa yang anis suka sangat pasal bb cream ni ialah sebab bila pakai muka nampak natural rasa macam tak pakai apa-apa pun tau ! anis jenis tak suka pakai mekap, sebab anis ni pemalas tahap hmm tak tahu nak cakap contoh macam keluar pergi mana-mana kan mesti lah nak solat apa semua tu kan, pastu nak kena remove mekap apa semua tu pastu nak reapply balik rasa macam leceh lah kan bagi orang pemalas macam anis kan. so anis just pakai bb cream dan lip balm dah setel.


krimbb/bbcream safi balqis white trilogy
time anis beli ada percuma 25% ehem seronok iolsss hahaha


Krim BB SPF30PA++ SAFI BALQIS White Trilogy bertindak menutup cela, melembap kulit serta menyamaratakan tona sebelum menggunakan solekan. Ia digunakan sebagai asas solekan dan pelindung UV sambil mencerah kulit dengan sempurna dan selamat.
SAFI BALQIS White Trilogy dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Kiwi bertindak menerusi 3 lapisan kulit* untuk 10 aksi pada kulit wajah**:
  • Menutup cela
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Melindungi dari sinaran UV
  • Mencerahkan kulit
  • Memudarkan pigmentasi
  • Litupan sempurna tanpa menutup pori-pori wajah
  • Mengekalkan lembapan
  • Melembutkan kulit
  • Menghaluskan kulit
  • Melicinkan kulit
Hasilnya: Kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.
* Pada lapisan epidermis.
** Dengan penggunaan berterusan bersama rangkaian produk SAFI BALQIS White Trilogy.

(copy paste je kat google bapak pemalas gila anis ni lol)

paling anis suka bau dia, wangi gila tau !  bila apply kat muka rasa lembut je muka..tapi kalau korang nak tutup parut jerawat ke kan, dia tak full coverage kot ea orang panggil, macam parut manja-manja cenggitu boleh lah kot ( ada ke parut manja-manja) standard lah kot bb cream kalo full coverage tu biasanya foundation lah nama dia kan? ( ntah anis pun tak tahu sangat mekap ni)

alkisahnya anis boleh terbeli bb cream ni hari tu anis jalan-jalan kat mall jalan sorang-sorang kat bahagian mekap pastu tertengok tester dia dan tercuba dan tersuka (padahal memang suka cuba tester pun haha )

so, kalau korang yang jenis tak suka mekap dan macam nak nampak natural kan taknak macam tepung gomak lol melampau nya bahasa engko anis haha korang boleh lah cuba try bb cream ni yeayyyy !
 

krimbb/bbcream safi balqis white trilogy
acah acah macam duta safi balqis pulok haha lol hashtag no filter lol
harga pun tak mahal bawah RM20 je :')

mahu kasi berapa bintang ya? berapa ya? *tiru cara cakap farah quinn juri maharaja lawak mega*

anis suka,anis bagi 4 bintang !
 
so, last words dari anis, selamat mencuba ! :')

kbye :')

twitter: @anisss_zainudin
instagram:@farahaniszainudin


p/s: parut jerawat boleh lah cover guna mekap tapi parut dihati macam mana? hmmmm *tetibe jiwang*

much love,
Anis Zainudin.















Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

28 January 2015

Review Produk : Produk daripada Citra Mulia

Hai,

Assalamualaikum :)

Hari ni anis nak review produk yang anis dapat daripada Citra Mulia , thank you Citra Mulia for the products :)

1. DR. HERBAL WHITENING AB CREAM 20gm




 



  •  Produk perawatan kulit wajah yang 100% terbuat dari bahan herbal, sesuai untuk semua kulit wajah.
  •     Diformulasikan khusus untuk membaiki semula struktur kulit dan lapisan sel-sel kulit yang rosak.
  •     Mengandungi Kolagen untuk membantu anda merawat dan melembab kulit wajah anda.
  •     Dr.Herbal dapat meremajakan semula wajah dan mencerahkan kulit wajah.



Manfaat DR. HERBAL WHITENING AB CREAM

  • Mencerahkan dan memutihkan wajah.
  • Wajah kusam, gelap dan kekuningan kembali menjadi putih bersinar.
  • Menghilangkan flek-flek, jerawat dan noda hitam
  • Menghilangkan tompok yang disebabkan oleh sinaran uv
  • Menjaga keanjalan kulit wajah
  •  Mengatasi liang besar dan bekas jerawat sehingga wajah kembali menjadi mulus dan halus
  • Menghilangkan kedutan pada wajah.
  • Menghaluskan dan memberi kelembapan semula jadi bagi wajah.

Cara pakai:

~ Bersihkan wajah terlebih dahulu

~ sapukan THE FACE GEL SERUM.

~ Ambil Krim secukupnya

~ Sapukan krim A untuk pagi dan krim  B untuk malam.

2. THE FACE Supreme Whitening Day & Night

Gel Serum 50ml Serum untuk menjadikan kulit cerah dan bersih seketika. Ia juga sebagai anti penuaan, menghilangkan kerut di wajah, serta melembabkan, melicinkan, dan memutihkan kulit. Dengan formula khusus yang cepat menghilangkan melasma, flek-flek hitam, dan memutihkan kulit wajah, kandungan vitamin B5 mengaktifkan sel-sel kulit yang baru juga berfungsi sebagai antioksidant untuk mencegah radikal bebas yang merosakkan kulit. Mencegah sel pigmen sehingga kulit lebih cerah, dengan tambahan pelembab aktif yang dapat menjana semula kulit sehingga terhindar dari keriput atau penuaan.

Fungsi Gel Serum:
  • Mengurangkan bekas-bekas jerawat
  • Memutihkan kulit wajah
  • Menghilangkan flek hitam
  • Mencerahkan warna kulit -
  • Meratakan warna kulit
  • Mengecilkan liang wajah
  • Menghaluskan dan mengenyalkan kulit

Cara penggunaan:
  •  Bersihkan muka anda.
  • Sapukan sedikit serum dan leburkan dalam tapak anda
  • menyampaikan lapisan nipis serum cair di bahagian muka anda dan tekan, urut sehingga diserap sepenuhnya.
  • Gunakan setiap hari waktu pagi dan malam, dan akan mendapat kesannya selapas penggunaan 7 hari.



3. Milano Ashley Lotion 500ml
  • Memastikan kulit anda kekal lembap sepanjang hari.
  • Menjadikan kulit anda berseri secara semulajadi.  
  • Mengandungi banyak protein, mineral, dan vitamin yang  menjadikan kulit anda berseri.

untuk info lanjut tentang produk diatas atau produk lain keluaran citra mulia boleh tekan ---> SINI

okbye.

much love,
Anis Zainudin.




Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

10 January 2015

Hai 2015




hai ! assalamualaikum ! :)



Ya Allah lamanya tak update blog, dah berhabuk blog *tiup2 habuk* rindu tak? *syok sendiri engko anis* haha sorry anis bz (padahal malas gila lol).
okay entri pertama dalam 2015 ehem ehem rasanya belum berlambat lagi nak wish, happy new year uolss !

1 Januari 2015 hari tu, minggu lepas lah kan, anis dah genap umo 21 tahun yeayy dah tua lol *seronok sangat kenapa ntah* tapi still ramai ingat anis sekolah lagi knape ntah mungkin sebab terbantut tak membesar seperti remaja lain ecehh

bila dah tua ni, serius stress tau fikir masa depan.

okay tahun 2014 sememangnya meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis *skema sgt ayat* i'm gonna miss you,2014. tahun lepas lah abis belajar setelah 3 tahun perah otak, dan tahun lepas jugak lah konvo, yup happy sangat masa tu..tahun lepas lah jugak dapat jumpe abam muiz ,alah rindunyaaaaaaaaaaaaaaa....sape abam muiz? ehem ehem biarlah rahsia haha *orang taknak tahu pun nis, takyah over sangat haha *

tapi serius, bila dah abis blaja ni, rindu nyaaaa ya allah zaman belajar, rindu kawan2, rindu semua benda lah hm taknak citer kang nangis lagi kat sini.
 
tahun 2015 ni, anis harap jadi lebih baik, lebih matang hm hari tu bukak fb setelah 3 bulan tak bukak sebab tetibe hati terdetik suh bukak delete gambar2,pastu tengok gambar2 lama dalam hati cakap "ya allah teruknya aku ni dulu,pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek, ya Allah kesian ayah aku tanggung dosa aku " serius menangis :(
gambar 3-4 tahun lepas tapi lupe delete haih.

entri2 yang merepek2 kat blog pun anis dah delete, zaman muda mudi suka nau merepek2 benda tak penting lol.

anis nak ubah diri slow2,semoga Allah permudahkan amin !

harapan anis untuk tahun 2015 ni tak mintak banyak pun harap Allah bagi kekuatan untuk hadapi dugaan dan Allah permudahkan urusan hidup, amin amin ! :)

doakan yang terbaik untuk anis okay? :)

much love,
Anis Zainudin.






Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

 
Thanks For Coming.All Right Reserved By Anis Zainudin.Basecode By Adam Faiz.Best view in Google Chrome