anis zainudin♥: 2016
Home Tutorial tips ex banner

17 September 2016

Review : Sensual Plus Scar Serum ; Serum best untuk hilangkan parut !

Hai ! Assalamualaikum :)

Lamanya tak membebel kat blog haha so harini nak membebel panjang sikit ! Haha

Dah lama tak buat review produk, so harini rasa macam nak buat review produk since produk tu result dia memang best gilaaaaaaaaaaaa! So anis decide nak share dengan korang jugak ! yeay jom cantik sesama haha :P ni honest review tau! anis memang guna sendiri bukan sesaje reka tau !
So baca sampai habis tau :P *paksa*

Anis ada resdung so kulit anis sensitif dan senang sangat tumbuh jerawat kalau tak jaga makan, dan beberapa bulan lepas, anis tengah cuti sem masa tu, tetibe muka breakout teruk gila taktahu kenapa :( rasanya mungkin allergic makan kot :( memang down kejap masa tu :( takpenah tumbuh jerawat banyak macam tu :( first time lah masa tu. pastu lelama tu jerawat dah hilang,alhamdulillah. tapi macam biasa lah kalau tumbuh jerawat mesti akan tinggalkan kesan parut kan? sangat lah tak seronok :(

so sebelum ni anis dah try guna macam-macam serum/oil ke apa semua untuk hilangkan parut tapi tak berkesan pun dekat anis, taktahu lah kenapa :( tak sesuai dengan muka kot. tapi sampai lah anis try sensual plus scar serum ni ! alahai best gilaaaaaaaaaaaaaa!

botol dia kecik je comel je eii geram haha

So satu botol tu boleh tahan seminggu, kena habiskan dalam masa seminggu je tau sebab dia takde chemical so taktahan lama.


Satu kotak tu ada 10 botol, maknanya untuk 10 minggu insya Allah parut2 semua makin hilang ! depends dekat parut jerawat korang lah,yang baru atau lama,kalau parut baru cepat sikit,kalau parut lama tu makan masa sikit, tapi nak cantik kena sabar okay ! jangan putus asa!
Serum ni ada kelulusan KKM so jangan risau :) memang selamat digunakan :)
selain scar serum ni,sensual plus ni pun ada banyak lagi tau serum lain yang ada fungsi berbeza mengikut masalah kulit korang,boleh WhatsApp anis untuk maklumat lanjut nanti anis explain dekat sana :)


So harga dia affordable sangat, sekotak ada 10 botol tu =Rm35+ postage RM7 sm /Rm11 ss.
Kalau korang nak order/nak tanya lebih lanjut boleh WhatsApp anis 018-9057364 (business only) sebab kalau komen kat blog takut anis tak perasan dan tak sempat nak bukak blog so direct WhatsApp je okay?

till then,okay bye !

Much Love,
Anis Zainudin.



Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

21 June 2016

Kurung Pahang Moden Kini Kembali!

Hai! *lambai-lambai tangan*

Assalamualaikum !

Lamanya tak update blog, busy betul sejak sambung degree ni, so harini nak cerita pasal baju raya. Pejam celik pejam celik dah nak raya dah kan lagi dua minggu? Korang dah beli baju raya belum? Kalau belum,apa kata korang tengok baju raya dekat Zalora ni, semua cantik-cantik tau. Anis pun dah rambang mata ni. Jom tengok !






Tidak dinafikan majoriti wanita kini lebih gemar menggayakan koleksi baju kurung moden sebagai persalinan pilihan ketika sambutan perayaan seperti Hari Raya dan juga apabila menghadiri majlis-majlis keramaian. Namun begitu, masih terdapat juga segelintir golongan wanita yang masih meminati potongan baju kurung yang lama seperti koleksi baju kurung Kedah dan koleksi baju kurung Pahang. Baju kurung Pahang moden khususnya amatlah selesa dipakai dengan rekaan pesak yang cukup lebar dan longgar. Jenis baju kurung ini sesuai dipakai oleh semua jenis bentuk badan wanita baik yang kecil molek mahupun bertubuh gempal.


Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, sekali lagi koleksi baju kurung Pahang moden menambat hari ramai wanita dengan rekaan klasik yang turut diberikan sentuhan moden sesuai kehendak trend terkini.

Kita dapat lihat penglibatan pereka-pereka fesyen tersohor tanah air seperti Rizalman, Syaiful Baharim dan Bella Ammara yang membawakan koleksi baju kurung Pahang moden sebagai salah satu koleksi raya mereka untuk para penggemar. Masih mengekalkan rekaan asal baju kurung Pahang tersebut, namun elemen moden seperti potongan kain yang sedikit berlainan dan rekaan bahagian baju yang diubah suai memberikan nafas baru kepada industri fesyen tempatan.



Semoga warisan ini tetap dijaga dan akan dipakai oleh generasi kini dan seterusnya diangkat oleh generasi yang akan datang. 

p/s : Macam mana? Cantik kan?  Jom shopping kat zalora ! Senang dan tak payah nak bersesak-sesak dengan orang kan :) Lagipun banyak pilihan dan harga berpatutan kan :) 
Happy shopping ! :)



Much Love,
Anis Zainudin.


Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

 
Thanks For Coming.All Right Reserved By Anis Zainudin.Basecode By Adam Faiz.Best view in Google Chrome