anis zainudin♥: 2014
Home Tutorial tips ex banner

11 August 2014

Mudahnya Menjemput Rezeki -Fathuri Salehuddin

hai !

assalamualaikum :)

dah lama tak membebel kat blog ni..malam ni rasa macam nak membebel sikit..kesian blog dah lama tak update hee :D


Mudahnya menjemput rezeki, penulis dia Fathuri Salehuddin..korang penah baca buku ni? kalau belum baca, apa kata korang beli dan try baca..Ya Allah, serius best.

memang berbaloi kalau beli buku ni..baca buku ni..boleh bagi motivasi kat diri sendiri.

serius,cakap.

tambah2 sejak anis jadi penganggur ni, erm tiga bulan kot, anis baru abis diploma..niat memang nak sambung degree kalau ada rezeki, tapi bukan masa terdekat ni lah..sebab belum apply..sebab utama sebab belom amek muet :(

ingat macam nak keje dulu sementara,tapi kat tempat anis susah dapat keje..nak merantau ke negeri orang..mak anis macam tak bagi sangat, sebab takde tempat tinggal sume susah kan..dia risau kot..mak biasa lah..mesti lah risau.

err ter-cerita benda lain pulak..nak cerita tentang buku ni sebenarnya..sorry.

anis suka ayat2 motivasi dalam buku ni

"Apabila sudah rezeki, akan tiba juga. Tidak terkurang sedikit pun. Tidak terlewat atau lebih cepat walau sesaat. Jelasnya, tiada yang namanya kebetulan. Semuanya berlaku atas izin Allah"

serius,tenang je hati bila baca buku ni.

fikir positif, mungkin belom rezeki anis kot.


korang beli dan baca lah okay ! :)

till then,
bye

much love ,
  • Anis Zainudin

Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

04 August 2014

Free Sample Downy Mystique & Olay Regenerist Revitalising Serum



hai !

assalamualaikum :)






Free Sample Downy Mystique & Olay Regenerist Revitalising Serum from everydayme.

Korang boleh request kat sini ---> KLIK

till then,
kbye :)

Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

24 July 2014

Koleksi Jubah Muslimah Zalora





hai !

assalamualaikum :)


jubah muslimah zalora



Hari Raya kian menjelang tiba, pastinya ada daripada kita yang sudah mula membuat persiapan raya. Hari Raya tidak akan lengkap tanpa persalinan yang serba baru. Setuju? Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Jika dahulu, baju kurung merupakan pilihan utama para wanita untuk bergaya ketika sambutan perayaan ini namun, kini pakaian seperti kaftan, jubah, kurung moden dan kurung peplum merupakan pilihan favorite! Jika anda mendambakan sepasang jubah moden yang selesa, ambil peluang ini untuk menemui pelbagai koleksi jubah Muslimah Zalora  dengan tawaran harga yang amat menakjubkan hari ini juga!
   

kaftan dan jubah




Sebelum tu, jom kita kupas sedikit info mengenai asal-usul pemakaian jubah. Jubah  merupakan pakaian lazim atau pakaian tradisional yang dipakai oleh wanita di negara Timur Tengah. Kebiasaanya, mereka memakai jubah atau abaya yang berona gelap (hitam) serta dipadankan dengan tudung yang juga berwarna hitam. Namun, dengan perkembangan fesyen Muslimah yang semakin diterima ramai di segenap rantau, pemakaian jubah telah menjadi semakin popular dikalangan para wanita di beberapa negara Islam termasuk Malaysia.

Apa yang menarik, jubah bukan sahaja boleh didapati dalam warna hitam tetapi juga tersedia dalam pelbagai rekaan dan corak yang menarik. Masih mengekalkan potongan yang sopan dan menutupi anggota tubuh badan anda, ia direka dengan sedikit sentuhan moden dengan penggunaan fabrik yang selesa. Jubah moden bukan sahaja boleh anda gayakan ketika sambutan perayaan Hari Raya, tetapi juga apabila anda ingin menghadiri undangan-undangan istimewa atau ke tempat kerja.

Untuk koleksi jubah yang menawan ini, lawati laman web ZALORA Malaysia hari ini juga! Segalanya boleh anda miliki dengan mudah apabila anda membeli-belah secara online bersama ZALORA. ZALORA menyediakan perkhimatan penghantaran ke rumah anda dan pelbagai kaedah pembayaran yang selamat.

 p/s : korang dah beli baju raya belom? kalau belom jom lah shopping kat zalora ! senang dan tak payah nak bersesak-sesak dengan orang kan :) lagipun banyak pilihan dan harga berpatutan kan :) happy shopping ! :)

till then,
Kbye :)

















Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

flower boys next door !

hai !
assalamualaikum :)

dah lama tak membebel kat blog ni.
flower boys next door..dengar pun dah tahu tajuk drama korea kan..hehe..tajuk2 biasa drama korea..tp drama melayu lagi merepek tajuk dia..haha..Lulz.

korang mesti ada yang dah penah tengok cerita ni kan? kalau yang jenis layan korea mesti dah lama tengok sebab cerita ni released tahun lepas kot..anis yang ketinggalan baru tengok..hee.
dah lama tak layan korea..tp terlayan pulak cerita ni akibat kebosanan duduk dirumah..then jalan cerita dia agak menarik.

overall cerita ni anis boleh ckp best ! tambah pulak park shin hye berlakon..haih comel nau nau.
cerita ni ada part sedih, part romantik sikit, part comel comel sikit hee..anis tengok drama ni kat tonton.

korean drama


sinopsis :


google sume jumpa sinopsis bahasa omputeh pulak..sorry hihi tak reti lah anis nak explain balik..korang tengok lah nanti..best tau >,<

time tengok cerita ni kan, watak Ko Dok-Mi (Park Shin Hye)  ada macam diri anis sikit..anis takot nak rapat dengan orang, maksudnya nak ada kawan baik, sebab ada pengalaman tersendiri, pengalaman pahit yang menyebabkan rasa macam " aku boleh hidup tanpa kawan baik" "aku tak percaya pada kawan baik"..anis ada kawan tapi tak rapat sampai tahap boleh dipanggil "bff"..hm.

okay lah selamat menonton ! bye :)





Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

23 July 2014

Berapakah tempoh masa sesuatu iklan nuffnang berada di blog?

hai !

assalamualaikum :)

minggu lepas anis ada hantar tiket kat nuffnang..anis tanya berapa lama tempoh masa sesuatu iklan tu akan berada di blog.saja je hantar..sekali nuffnang balas haa amek kau panjang nau nau haha :D

*klik untuk nampak lebih jelas*

 okay sekarang baru faham..thanks nuffnang ! diatas respon yang cukup baik :)

p/s : klik lah iklan nuffnang anis kalau tak keberatan hee :)

till then,
kbye :)


Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

15 July 2014

Fakta tentang kurma..tahukah anda?

kurma


assalamualaikum,
hai ! :)


sekadar perkongsian.
1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?


p/s : anis pun baru tahu tentang fakta2 ni.

till then,
kbye :)
Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

09 July 2014

Tips Ramadhan : Kurangkan Rasa Haus Ketika Berpuasa #WordlessWednesday

Assalamualaikum..

first time update guna fon..tak sempat on laptop..tak tahu mcm mne rupenye..harap gambar tu jelas.
semoga bermanfaat 



Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

08 July 2014

Hukum Makan masakan orang yang tidak mengikut suruhan allah





hai ! assalamualaikum :)

hari tu anis ada dengar ceramah ustaz kazim elias "Kalau dah jodoh" dekat astro oasis..dalam rancangan tu ada orang tanya soalan "apakah hukum kalau kita makan masakan orang yang tak ikut suruhan Allah?" dalam erti kata lain contohnya tak solat, tak tutup aurat dan lain-lain perbuatan yang tidak mengikut suruhan Allah.

jawapan ustaz kazim :

secara fekahnya, hukum nya harus selagi makanan tersebut halal tapi secara tasawuf nya..macam kesan kat diri kita lah..tak diberkati dan tak diredhai Allah sebab orang yang masak masakan tersebut tak ikut suruhan Allah.

tu jawapan ustaz kazim yang anis ingat..alhamdulillah terjawab jugak persoalan selama ni..anis pun tertanya2 jugak hukum nya..

Till then,
kbye :)



Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

22 June 2014

Kesalahan Mencuci Muka!

 
 
 
MENCUCI DALAM KEADAAN TERGESA-GESA
  Ya, memanglah mencuci muka adakalanya nampak remeh dan terlampau mudah untuk di lakukan. Tetapi, ia sebenarnya sangat penting buat para gadis. Sikap kamu yang terburu-buru ketika mencuci muka boleh menyebabkan kotoran di muka tidak hilang sepenuhnya. Apa kata ambil sedikit waktu dalam masa 2-3minit untuk memanjakan kulit muka dengan urutan lembut jari jemari.

MENGGUNAKAN AIR YANG TERLALU PANAS

Ada sesetengah berpendapat membilas basuhan muka menggunakan air suam adalah sesuatu yang bagus untuk kesihatan kulit. Namun itu tidak bermaksud kamu perlu menggunakan air yang masih panas berasap. Pekara ini akan menyebabkan kulit kamu kemerahan dan silap haribulan ada juga kulit yang melecur.

KESALAHAN MENGGUNAKAN PRODUK PENCUCI MUKA

Tidak semua produk yang ada di pasaran sesuai di pakai oleh para gadis. Oleh itu wahai gadis, pastikan produk yang kamu pakai benar-benar bersesuaian dan memberi kesan positif pada kamu! Seeloknya carilah pencuci yang mempunyai kandungan susu  dan bahan yang boleh mengekalkan kelembapan kulit di wajah.

TIDAK MEMAKAI PELEMBAP KULIT SELEPAS MENCUCI

Bercakap tentang kelembapan kulit, adalah satu kesalahan bila kamu tidak mengaplikasikan krim pelembap di wajah selepas mencuci muka. Oleh itu, belilah krim pelembap yang bersesuaian dengan jenis kulit agar ia memberi kebaikan pada kulit.

TERLEBIH GUNA ‘WIPES’
  Fungsi utama wipe adalah menghilangkan segala kotoran yang melekat di kulit wajah. Namun, jika terlalu kerap menggunakan tisu basah ini kulit muka kamu boleh mongering dan besar kemungkinan akan memberi kesan yang tidak baik. Oleh itu, elok jika kamu gunakan beberapa langkah yang betul seperti bersihkan ia dengan penangal solekan kemudian di ikuti dengan sesi membasuh muka agar kulit wajah sentiasa sihat dan segar.

SUMBER : SINI
 

Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

21 June 2014

7 perkara bahaya dilakukan selepas makan


 
hai ! assalamualaikum !
nak share benda yang anis baru baca..jumpa benda ni kat fb.
jangan lakukan 7 benda ni selepas makan :
  1.  Jangan merokok - kajian daripada pakar membuktikan bahawa merokok selepas makan adalah ibarat merokok 10 batang  rokok ( risiko mendapat kanser lebih tinggi)
  2.  Jangan terus makan buah-buahan- Memakan buah-buahan sebaik sahaja selepas makan akan menyebabkan perut kembung kerana masuk angin. Oleh itu, makanlah buah-buahan 1- 2 jam selepas sesuatu hidangan atau 1 jam.
  3. Jangan banyak berjalan-jalan-Berjalan selepas makan boleh menyebabkan kita kehilangan nutrisi daripada makanan yang kita makan.
  4.  Jangan longgarkan tali pinggang-Melonggarkan tali pinggang selepas makan akan menyebabkan intenstine terhalang.
  5.  Jangan mandi-Mandi sebaik selesai makan boleh menyebabkan peningkatan aliran darah pada tangan, kaki, dan badan hingga menyebabkan aliran darah di sekelling perut menurun. Ini menyebabkan sisitem penghadaman menjadi lemah
  6. Jangan minum teh- Daun teh mengandungi asid yang agak tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan protein yang terkandung dalam makanan yang kita makan menjadi keras sehingga sukar untuk dihadamkan
  7.  Jangan tidur-Tidur sebaik selesai makan akan menyebabkan makanan tidak dapat dihadamkan dengan elok. Ini akan menyebabkan gastric dan jangkitan pada usus.

Till then,
bye :)

Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

20 June 2014

Kelebihan Selawat Pada Hari Jumaat

 

 
Selawat
 
 hai assalamualaikum ! anis jumpe ni bnda ni kat twitter ..jom kita sama2 amalkan ! semoga bermanfaat ! :) amin :)

till then,
bye :)

Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

Blog Berwajah Baru !

 
 
 
hai  ! assalamualaikum :)

sekarang dah pukul 2 pagi tapi anis belom tidur sebab baru siap edit blog !  entah kenapa  tetibe rase nak edit blog..baru lepas sembuh demam tetibe rasa nak update blog --"

kali ni tema simple tapi purple tu tetap ada hehe dah taksub sangat nk purple tapi guna background putih je.

header pun baru buat sendiri simple jugak guna photoscape je pun sebab memang tak penah reti nak guna adobe photoshop even teringin gila.
sebelum ni blog anis adik adam faiz edit, so anis guna base code yang sama jugak, cuma ubah2 sikit credit to Adam Faiz :)
buruk sebab anis tak berapa mahir edit blog.


screenshot blog sebelum ni





till then,
bye :)

Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

11 June 2014

Review : Produk D'herbs Madu Propolis

 

hai ! assalamualaikum :) entri ke 5 untuk tahun 2014..baru 5 entri? yup sebab anis baru aktif balik blog setelah setahun tinggal blog ni..gigih jugak menaip  entri walaupun traffik blog tak macam dulu..susah nak up balik bila dah lama tinggalkan blog.

okay hari ni nak review produk kecantikan "D herbs madu propolis" yang anis telah gunakan dan sedang gunakan sekarang dah dekat 6 bulan kot..memang first time jumpe produk yang sesuai dengan kulit anis..sebenarnya anis ni kulit sensitif sikit sebab resdung..memang resdung terok tahap tiap pagi bersin dan kalau silap makan sikit macam makan seafood camtu..mesti gatal2 dan naik jerawat..bila naik jerawat bermakna abis lah muka ada parut jerawat kan..

anis mula2 guna sabun dia je..saje je try..kot2 sesuai..tapi memang best sabun dia..lepas guna dalam seminggu kot..dah nampak kesan parut jerawat tu makin hilang..pastu bila dah rasa selesa guna tu..teros beli krim dengan toner dia sekali hihi


 
ni sabun dia..besar la jugak..boleh tahan dalam berapa bulan jugak lah anis guna.










yang ni pulak krim malam dengan krim siang dia..satu krim je untuk kegunaan malam dan siang ! jimat kan ! 2in1




 
gambar daripada google sebab toner anis baru je abis then botol dia anis dah buang hehe toner ni macam biasa la kan..pakai lepas basuh muka dengan sabun sebelum pakai krim muka.


yang ni untuk korang yang nak try pek percubaan ! korang boleh try yang ni..jimat :)

so, korang yang ada masalah macam anis..boleh lah try produk ni..harga mampu milik..murah dan menjimatkan ! just sharing :) selamat mencuba ! bye <3

twitter: @anisss_zainudin
instagram:@farahaniszainudin


p/s : Produk D'herbs terlajak laris *sebut macam dalam iklan* kahkah :D


Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

09 June 2014

Tips : Cerahkan wajah dalam masa 1 minggu!

 
 
  •   RAJIN BERSIHKAN MUKA
Selepas seharian melakukan aktiviti di luar, pastikan kamu bersihkan muka menggunakan pencuci muka yang bersesuaian. Lakukan amalkan ia di waktu pagi dan selepas beraktiviti secara teratur dan berdisiplin.
  • LAKUKAN URUTAN
Ketika mencuci muka gunakan kedua tangan kamu untuk memicit-micit dan mengurut lembut di bahagian muka kamu untuk melancarkan aliran darah. Mulakan urutan di kawasan pipi kemudian perlahan-lahan ke bahagian dahi dan akhiri di bahagian dagu dan leher.
  • SCRUBING TIME!
Selalunya punca kulit nampak kusam dan tidak bermaya adalah kerana adanya kulit sel mati di kawasan muka. Cara terbaik untuk menyingkirkannya adalah dengan menggunakan teknik scrubing. Ia bukan sahaja menangalkan kulit mati kamu malah, ia juga boleh menangalkan segala kotoran yang melekat pada wajah! So, selamat mencuba!
  •  AMALKAN PENGGUNAAN SUNBLOCK!
Jika kamu seorang yang suka beraktiviti di luar, apa kata amalkan penggunaan sunblock untuk melindungi kulit kamu daripada pancaran matahari yang berlebihan.
  • GUNA MASKER
Masker juga boleh di jadikan altenatif untuk kamu menyingkirkan sel mati yang ada pada wajah kamu. Teknik ini lebih berkesan daripada scrub kerana kandungannya menyerap ke dalam kulit wajah. Kandungan ini biasanya boleh memutihkan kulit, menyegarkan, memberi nutrisi dan hilangkan tompok-tompok hitam di wajah.


Sumber : SINI

Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

08 June 2014

1001 Khasiat Madu!

 
 

1. BAGUS UNTUK KULIT, RAMBUT DAN MATA
Madu mampu menjadikan rambut dan mata lebih sihat dan bersinar. Ia juga boleh membuatkan penglihatan seseorang lebih terang dan jelas. Jika kulit kamu mengalami kecederaan, madu juga mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit apabila di sapukan di kawasan yang luka. Malah, ia juga dapat melindungi daripada jangkitan kuman. Dengan mengamalkan pengambilan madu setiap hari, kulit akan lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda. Jangan terkejutlah jika ada yang tanya tip penjagaan kulit!

2.BAIK UNTUK SISTEM PENGHADAMAN
Buat pengetahuan kamu, selain daripada memberi kesan cantik pada si pengama. Ia juga dapat menguatkan sistem penghadaman. Malah, kamu juga dapat elakan diri daripada kerap terkena keracunan makanan. Bukan itu sahaja, Ia juga melancarkan sistem urinari (sistem buang air kecil).

3.SIHAT UNTUK SISTEM PERNAFASAN DAN KERONGKONG
Jika kamu sedang mengalami sakit tekak dan batuk, madu mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan. Selain itu, ia bertindak untuk menguatkan penafasan dan mengurangkan asma atau lelah.

 4.MENGUATKAN TENAGA BADAN
Madu dapat menguatkan badan seorang wanita terutamanya jika si dia sedang mengandung. Ini kerana madu adalah makanan tenaga semula jadi . Jadi madu tidak akan memberi sebarang tindak balas yang negatif pada individu yang mengambilnya setiap hari. Walaupun madu agak manis, namun ia mampu mengawal kandungan gula dalam darah jika kamu mengambil madu secara berterusan.Ia juga sumber gula alternative yang semulajadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis. Ia juga mampu mengembalikan tenaga selepas cirit-birit dan haid yang berterusan.

5.GIZI MAKANAN
Madu sangat di perkaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah untuk di hadam. Ia juga memudahkan serapan kalsium dalam badan.


sumber : SINI

Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

03 June 2014

Hobi masa lapang

 
 
 
hai ! tajuk entri macam tajuk karangan darjah satu kahkah..dah lama tak update blog..dah kekeringan idea..dah masuk bulan jun pun..means dah dekat sebulan jadi penganggur terhormat..bosan yang amat duk kat rumah..ya allah..harap cepat dapat kerja..nak  kumpul duit sambung degree..meroyan gak duk scroll ig shop tengok baju, tudung lawa2 tapi takde duit nak beli lagi..sadlife T,T

untuk mengisi masa lapang sebab bosan yang amat..anis jahit benda alah ni :

apo bondo ni? haa ini nama nya tempat letak fon domokun..adik anis cakap domo ni cacat..biar lah buruk pun..janji ada rupa domo sikit2 kahkah..kenapa domo ni warna purple? sebab..tuan dia ni minat purple hee ~           


yang ni pulak baju power bank..power bank pun ada baju tahu tak :P hahaha yang ni dah lama jahit..time kat poli lagi..ni pun akibat bosan jugak.

 
 
nampak tak kebosanan yang amat tu..abis sume benda nak jahit kahkah okbye !



Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

23 May 2014

Dekat setahun tak update blog..fuhh~~





hai ! assalamualaikum semua ! ehem ehem ehem..ingat anis lagi tak?? *ceh poyo* ya allah lama gila  tak update blog ni dah bersawang pun..hee..anis tengok tarikh last update blog ni 17 jun 2013, means nak dekat setahun dah la kan..bapak lama tinggal blog yang tersayang lagi yang dicintai ni kahkah! maafkanku wahai blog, bukan niatku untuk meninggalkanmu,tapi aku sibuk menimba ilmu hee..


ya allah rasa kekok pulak nak menaip sebab dah lama tak menaip..ni pun dah berapa hari simpan dalam draf baru publish kahkah ! sibuk nau kau anis haha ! ramai yang tanya kenapa nak masuk blog anis tak boleh? anis dah delete blog ke? okay jawapan nya anis private kan blog selama ni..sebab sebab..adalah sebabnya..malas nak cerita sebab nanti jadi panjang pulak kann.


mimpi apakah anis kembali update blog ni? jeng jeng jeng sebenarnya rindu kot dengan blog ni..dan dan dan anis dah jadi penganggur terhormat sekarang sebab baru abis diploma..result baru kuar 15 mei hari tu..minggu lepas..alhamdulillah, result sem akhir ni agak cun melecun sikit..tak sia2 tak tido sebab study terima kasih kepada nescafe kerana sudi menemani kahkah!! walaupun sem akhir,sem yang paling memenatkan. alhamdulillah dah abis pun diploma kejuruteraan mekatronik..yeayy ! tak sabar nak konvo bulan 9 ni heeeee ! *maaf anis memang jenis over excited sikit kahkah !

now, dalam proses mencari kerja..nak kumpul duit sebelum sambung degree..nak balas jasa mak bapak selama ni duk menghabiskan duit diorg je kan kan..pastu nak bayar PTPTN tu lagi makk aihh banyak tanggungjawab la..doakan anis cepat dapat keje hee ! btw, blog ni dah setahun tapi still macamni je kan..bukan taknak edit tapi tapi anis dah tak reti main coding serious talk sebab dah lama tinggal alam blogging ni..dah lupa abis ! err..
wehhh panjang nau merapu..stop sampai sini dulu lah..sambung lain kali pulokkk ye dokk..btw,nk contact anis boleh tengokkk kat sidebar contact me tu tau ! follow twitter dengan instgram anis..nanti anis followbackkk okayyy ..byeeeeeee ~~ peace yowww ~~~
tengok benda ni hari2..seriously pembakar semangat bila down time study..trust me ! i'm future engineer insya allah amin !!

Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

 
Thanks For Coming.All Right Reserved By Anis Zainudin.Basecode By Adam Faiz.Best view in Google Chrome