Kurung Pahang Moden Kini Kembali! | anis zainudin♥
Home Tutorial tips ex banner
Lazada Indonesia

21 June 2016

Kurung Pahang Moden Kini Kembali!

Hai! *lambai-lambai tangan*

Assalamualaikum !

Lamanya tak update blog, busy betul sejak sambung degree ni, so harini nak cerita pasal baju raya. Pejam celik pejam celik dah nak raya dah kan lagi dua minggu? Korang dah beli baju raya belum? Kalau belum,apa kata korang tengok baju raya dekat Zalora ni, semua cantik-cantik tau. Anis pun dah rambang mata ni. Jom tengok !






Tidak dinafikan majoriti wanita kini lebih gemar menggayakan koleksi baju kurung moden sebagai persalinan pilihan ketika sambutan perayaan seperti Hari Raya dan juga apabila menghadiri majlis-majlis keramaian. Namun begitu, masih terdapat juga segelintir golongan wanita yang masih meminati potongan baju kurung yang lama seperti koleksi baju kurung Kedah dan koleksi baju kurung Pahang. Baju kurung Pahang moden khususnya amatlah selesa dipakai dengan rekaan pesak yang cukup lebar dan longgar. Jenis baju kurung ini sesuai dipakai oleh semua jenis bentuk badan wanita baik yang kecil molek mahupun bertubuh gempal.


Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, sekali lagi koleksi baju kurung Pahang moden menambat hari ramai wanita dengan rekaan klasik yang turut diberikan sentuhan moden sesuai kehendak trend terkini.

Kita dapat lihat penglibatan pereka-pereka fesyen tersohor tanah air seperti Rizalman, Syaiful Baharim dan Bella Ammara yang membawakan koleksi baju kurung Pahang moden sebagai salah satu koleksi raya mereka untuk para penggemar. Masih mengekalkan rekaan asal baju kurung Pahang tersebut, namun elemen moden seperti potongan kain yang sedikit berlainan dan rekaan bahagian baju yang diubah suai memberikan nafas baru kepada industri fesyen tempatan.



Semoga warisan ini tetap dijaga dan akan dipakai oleh generasi kini dan seterusnya diangkat oleh generasi yang akan datang. 

p/s : Macam mana? Cantik kan?  Jom shopping kat zalora ! Senang dan tak payah nak bersesak-sesak dengan orang kan :) Lagipun banyak pilihan dan harga berpatutan kan :) 
Happy shopping ! :)



Much Love,
Anis Zainudin.


Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

3 comments:

  1. Memang cantik baju kurung pahang ni.. Loose cut.. Dah lama menyepi, sekarang dah muncul kembali.. ^_^
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak! Ha'ah busy sikit sekarang šŸ˜­

      Delete
  2. Memang plan nak beli je tapi tak ada saiz

    ReplyDelete

hai :) thanks sebab sudi komen :)

 
Thanks For Coming.All Right Reserved By Anis Zainudin.Basecode By Adam Faiz.Best view in Google Chrome