Lamanya tak blogging! Rasa macam awkward sikit nak menaip sebab dah lama tak taip entri blog haha banyak taip assignment je sekarang haha blog pun dah berhabuk dah ni tapi harini tetibe rasa rajin sikit nak menaip hari minggu ni (padahal banyak lagi assignment belum siap)
So harini anis nak buat short review tentang beauty product/skincare yang anis dah try dan guna sendiri. So ni honest review anis sendiri tau !
1. Biore Cleansing Oil
Okay yang ni sumpah best gila dan sangat affordable berbanding cleansing oil brand lain ! Okay bagi yang tak tahu cleansing oil ni fungsinya apa,fungsinya untuk remove make up, macam waterproof mascara pe sume tu kan susah nak remove, tapi guna cleansing oil ni terus boleh hilang! Cara guna dia macam guna cleanser biasa tu,takyah guna kapas pe sume then bilas guna air! Yang bestnya lepas cuci tu tak rasa berminyak pun even dia oil-based pun! Korang boleh beli dekat drugstore : Guardian/Watsons
2. Garnier Micellar Cleansing Water
3. St. Ives Green Tea Scrub
Scrub ni sumpah best ! sebab dia tak kasar pun macam sesetengah scrub, macam anis kan kulit sensitif sangat, so highly recommend for those yg ada sensitive skin! dan paling best blackhead anis dah kurang sejak guna scrub ni, dan anis dah guna setahun lebih dah and i really love it <3 Korang boleh beli dekat drugstore : Guardian/Watsons
4. The Face Shop Jeju Aloe 99%
Yang ni anis punya holy grail product ! Anis dah guna dua tahun kot, Sumpah best gila <3 sebab dia multi purpose! macam2 korang boleh buat dengan satu product ni, macam anis guna as moisturiser, sejuk sangat bila pakai ! sebelum tidur pun anis pakai as sleeping mask, esoknya bila basuh muka rasa lembab jeee . Korang boleh beli dekat the face shop :)
5. Aiken Tea Tree Oil Spot Away Pore Refining Toner
5. Aiken Tea Tree Oil Spot Away Pore Refining Toner
Yang ni pun anis punya holy grail product jugakkk ! <3 dah berbotol-botol dah anis guna, dah guna dua tahun kot rasanya, dah la murah ! memang best,sesuai sangat dengan muka, bukan toner dia je best tau. cleanser dia,moisturiser dia pun best! muka anis dulu oily sangat pastu lepas guna aiken full set, muka dah tak oily ! so kalau korang jenis muka oily boleh try guna aiken ni, sumpah best. highly recommend! bila anis stop pun muka dah tak oily :))) Korang boleh beli dekat drugstore : Guardian/Watsons
6. Bio-essence Miracle Bio Water
Face mist ni best sangat untuk sensitive skin! muka lembab je bila pakai dia, selalu anis pakai sebelum mekap dan selepas mekap! Korang boleh beli dekat drugstore : Guardian/Watsons
7. Oxy 10 cover
Yang ni krim untuk jerawat, tapi yang bestnya colour dia macam concealer! kan kebiasaan ubat jerawat kan warna putih camtu dan kalau kita pakai nampak macam kita pakai jerawat kan, tapi yang ni tak! colour dia macam concealer! maybe sebab tu nama dia oxy cover kot? hehe tapi best! anis kalau muka tumbuh jerawat,sapu benda ni sebelum tidur dan esok pagi jerawat dah kecut!
Korang boleh beli dekat drugstore : Guardian/Watsons
8. Bio Essence 24K Bio Gold Gold Water
yang ni serum yg sangat affordable! harga dia tak sampai Rm30 pun untuk 50 ml ! murah dan best ! serum boleh lembabkan muka korang kalau apply sebelum make up! available dekat drugstore.
9.It's Skin Vc Effector
9.It's Skin Vc Effector
Ni lagi satu serum yang best! anis suka gila bau dia.bau oren ! rasa nak makan je lol serum ni serum vitamin c, macam kita tsemua tahu kan, vitamin c sangat bagus untuk kulit! boleh cerahkan kulit dan macam-macam lagi, korang boleh dapatkan dekat hermo!
10. Sensual Plus Serum
yang ni sumpah best gila! holy grail product jugak ! anis ada review panjang2 dekat --> SINI korang boleh baca dekat link tu okay? :)
okay tu je untuk kali ni ! bye :)
much love,
Anis Zainudin.
No comments:
Post a Comment
hai :) thanks sebab sudi komen :)