Koleksi Jubah Muslimah Zalora | anis zainudin♥
Home Tutorial tips ex banner
Lazada Indonesia

24 July 2014

Koleksi Jubah Muslimah Zalora





hai !

assalamualaikum :)


jubah muslimah zalora



Hari Raya kian menjelang tiba, pastinya ada daripada kita yang sudah mula membuat persiapan raya. Hari Raya tidak akan lengkap tanpa persalinan yang serba baru. Setuju? Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Jika dahulu, baju kurung merupakan pilihan utama para wanita untuk bergaya ketika sambutan perayaan ini namun, kini pakaian seperti kaftan, jubah, kurung moden dan kurung peplum merupakan pilihan favorite! Jika anda mendambakan sepasang jubah moden yang selesa, ambil peluang ini untuk menemui pelbagai koleksi jubah Muslimah Zalora  dengan tawaran harga yang amat menakjubkan hari ini juga!
   

kaftan dan jubah




Sebelum tu, jom kita kupas sedikit info mengenai asal-usul pemakaian jubah. Jubah  merupakan pakaian lazim atau pakaian tradisional yang dipakai oleh wanita di negara Timur Tengah. Kebiasaanya, mereka memakai jubah atau abaya yang berona gelap (hitam) serta dipadankan dengan tudung yang juga berwarna hitam. Namun, dengan perkembangan fesyen Muslimah yang semakin diterima ramai di segenap rantau, pemakaian jubah telah menjadi semakin popular dikalangan para wanita di beberapa negara Islam termasuk Malaysia.

Apa yang menarik, jubah bukan sahaja boleh didapati dalam warna hitam tetapi juga tersedia dalam pelbagai rekaan dan corak yang menarik. Masih mengekalkan potongan yang sopan dan menutupi anggota tubuh badan anda, ia direka dengan sedikit sentuhan moden dengan penggunaan fabrik yang selesa. Jubah moden bukan sahaja boleh anda gayakan ketika sambutan perayaan Hari Raya, tetapi juga apabila anda ingin menghadiri undangan-undangan istimewa atau ke tempat kerja.

Untuk koleksi jubah yang menawan ini, lawati laman web ZALORA Malaysia hari ini juga! Segalanya boleh anda miliki dengan mudah apabila anda membeli-belah secara online bersama ZALORA. ZALORA menyediakan perkhimatan penghantaran ke rumah anda dan pelbagai kaedah pembayaran yang selamat.

 p/s : korang dah beli baju raya belom? kalau belom jom lah shopping kat zalora ! senang dan tak payah nak bersesak-sesak dengan orang kan :) lagipun banyak pilihan dan harga berpatutan kan :) happy shopping ! :)

till then,
Kbye :)

















Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

4 comments:

  1. cantik cantik jubah muslimah sekarang kan :)

    ReplyDelete
  2. Wahhh, memang cantik baju2 kat zalora ni.

    psssst: Dapat job dari zalora yer? :)

    ReplyDelete

hai :) thanks sebab sudi komen :)

 
Thanks For Coming.All Right Reserved By Anis Zainudin.Basecode By Adam Faiz.Best view in Google Chrome