Tips : Cerahkan wajah dalam masa 1 minggu! | anis zainudin♥
Home Tutorial tips ex banner
Lazada Indonesia

09 June 2014

Tips : Cerahkan wajah dalam masa 1 minggu!

 
 
  •   RAJIN BERSIHKAN MUKA
Selepas seharian melakukan aktiviti di luar, pastikan kamu bersihkan muka menggunakan pencuci muka yang bersesuaian. Lakukan amalkan ia di waktu pagi dan selepas beraktiviti secara teratur dan berdisiplin.
  • LAKUKAN URUTAN
Ketika mencuci muka gunakan kedua tangan kamu untuk memicit-micit dan mengurut lembut di bahagian muka kamu untuk melancarkan aliran darah. Mulakan urutan di kawasan pipi kemudian perlahan-lahan ke bahagian dahi dan akhiri di bahagian dagu dan leher.
  • SCRUBING TIME!
Selalunya punca kulit nampak kusam dan tidak bermaya adalah kerana adanya kulit sel mati di kawasan muka. Cara terbaik untuk menyingkirkannya adalah dengan menggunakan teknik scrubing. Ia bukan sahaja menangalkan kulit mati kamu malah, ia juga boleh menangalkan segala kotoran yang melekat pada wajah! So, selamat mencuba!
  •  AMALKAN PENGGUNAAN SUNBLOCK!
Jika kamu seorang yang suka beraktiviti di luar, apa kata amalkan penggunaan sunblock untuk melindungi kulit kamu daripada pancaran matahari yang berlebihan.
  • GUNA MASKER
Masker juga boleh di jadikan altenatif untuk kamu menyingkirkan sel mati yang ada pada wajah kamu. Teknik ini lebih berkesan daripada scrub kerana kandungannya menyerap ke dalam kulit wajah. Kandungan ini biasanya boleh memutihkan kulit, menyegarkan, memberi nutrisi dan hilangkan tompok-tompok hitam di wajah.


Sumber : SINI

Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

6 comments:

  1. tips terbaik...boleh la ikut...

    ReplyDelete
  2. Kalau nak guna mask tu pulak macam mana? Sebab saya tak tau sangat nak pilih2 alat penjagaan kulit ni. hehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh kalau mask byk sekarang jual kan..sis boleh beli kat watsons pun ade :) mask boleh hilangkan whitehead ngn blackhead :)

      Delete
  3. perkongsian yang baik. boleh cuba mana tau berseri lagi hehe
    blogwalking sini dan done follow. selamat berkenalan wahai blogger

    ReplyDelete
  4. Tips yng sngt mudah. Cuma rjin dgn x rjin je nk amalkn..

    ReplyDelete

hai :) thanks sebab sudi komen :)

 
Thanks For Coming.All Right Reserved By Anis Zainudin.Basecode By Adam Faiz.Best view in Google Chrome