anis zainudin♥: June 2014
Home Tutorial tips ex banner

22 June 2014

Kesalahan Mencuci Muka!

 
 
 
MENCUCI DALAM KEADAAN TERGESA-GESA
  Ya, memanglah mencuci muka adakalanya nampak remeh dan terlampau mudah untuk di lakukan. Tetapi, ia sebenarnya sangat penting buat para gadis. Sikap kamu yang terburu-buru ketika mencuci muka boleh menyebabkan kotoran di muka tidak hilang sepenuhnya. Apa kata ambil sedikit waktu dalam masa 2-3minit untuk memanjakan kulit muka dengan urutan lembut jari jemari.

MENGGUNAKAN AIR YANG TERLALU PANAS

Ada sesetengah berpendapat membilas basuhan muka menggunakan air suam adalah sesuatu yang bagus untuk kesihatan kulit. Namun itu tidak bermaksud kamu perlu menggunakan air yang masih panas berasap. Pekara ini akan menyebabkan kulit kamu kemerahan dan silap haribulan ada juga kulit yang melecur.

KESALAHAN MENGGUNAKAN PRODUK PENCUCI MUKA

Tidak semua produk yang ada di pasaran sesuai di pakai oleh para gadis. Oleh itu wahai gadis, pastikan produk yang kamu pakai benar-benar bersesuaian dan memberi kesan positif pada kamu! Seeloknya carilah pencuci yang mempunyai kandungan susu  dan bahan yang boleh mengekalkan kelembapan kulit di wajah.

TIDAK MEMAKAI PELEMBAP KULIT SELEPAS MENCUCI

Bercakap tentang kelembapan kulit, adalah satu kesalahan bila kamu tidak mengaplikasikan krim pelembap di wajah selepas mencuci muka. Oleh itu, belilah krim pelembap yang bersesuaian dengan jenis kulit agar ia memberi kebaikan pada kulit.

TERLEBIH GUNA ‘WIPES’
  Fungsi utama wipe adalah menghilangkan segala kotoran yang melekat di kulit wajah. Namun, jika terlalu kerap menggunakan tisu basah ini kulit muka kamu boleh mongering dan besar kemungkinan akan memberi kesan yang tidak baik. Oleh itu, elok jika kamu gunakan beberapa langkah yang betul seperti bersihkan ia dengan penangal solekan kemudian di ikuti dengan sesi membasuh muka agar kulit wajah sentiasa sihat dan segar.

SUMBER : SINI
 

Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

21 June 2014

7 perkara bahaya dilakukan selepas makan


 
hai ! assalamualaikum !
nak share benda yang anis baru baca..jumpa benda ni kat fb.
jangan lakukan 7 benda ni selepas makan :
  1.  Jangan merokok - kajian daripada pakar membuktikan bahawa merokok selepas makan adalah ibarat merokok 10 batang  rokok ( risiko mendapat kanser lebih tinggi)
  2.  Jangan terus makan buah-buahan- Memakan buah-buahan sebaik sahaja selepas makan akan menyebabkan perut kembung kerana masuk angin. Oleh itu, makanlah buah-buahan 1- 2 jam selepas sesuatu hidangan atau 1 jam.
  3. Jangan banyak berjalan-jalan-Berjalan selepas makan boleh menyebabkan kita kehilangan nutrisi daripada makanan yang kita makan.
  4.  Jangan longgarkan tali pinggang-Melonggarkan tali pinggang selepas makan akan menyebabkan intenstine terhalang.
  5.  Jangan mandi-Mandi sebaik selesai makan boleh menyebabkan peningkatan aliran darah pada tangan, kaki, dan badan hingga menyebabkan aliran darah di sekelling perut menurun. Ini menyebabkan sisitem penghadaman menjadi lemah
  6. Jangan minum teh- Daun teh mengandungi asid yang agak tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan protein yang terkandung dalam makanan yang kita makan menjadi keras sehingga sukar untuk dihadamkan
  7.  Jangan tidur-Tidur sebaik selesai makan akan menyebabkan makanan tidak dapat dihadamkan dengan elok. Ini akan menyebabkan gastric dan jangkitan pada usus.

Till then,
bye :)

Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

20 June 2014

Kelebihan Selawat Pada Hari Jumaat

 

 
Selawat
 
 hai assalamualaikum ! anis jumpe ni bnda ni kat twitter ..jom kita sama2 amalkan ! semoga bermanfaat ! :) amin :)

till then,
bye :)

Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

Blog Berwajah Baru !

 
 
 
hai  ! assalamualaikum :)

sekarang dah pukul 2 pagi tapi anis belom tidur sebab baru siap edit blog !  entah kenapa  tetibe rase nak edit blog..baru lepas sembuh demam tetibe rasa nak update blog --"

kali ni tema simple tapi purple tu tetap ada hehe dah taksub sangat nk purple tapi guna background putih je.

header pun baru buat sendiri simple jugak guna photoscape je pun sebab memang tak penah reti nak guna adobe photoshop even teringin gila.
sebelum ni blog anis adik adam faiz edit, so anis guna base code yang sama jugak, cuma ubah2 sikit credit to Adam Faiz :)
buruk sebab anis tak berapa mahir edit blog.


screenshot blog sebelum ni





till then,
bye :)

Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

11 June 2014

Review : Produk D'herbs Madu Propolis

 

hai ! assalamualaikum :) entri ke 5 untuk tahun 2014..baru 5 entri? yup sebab anis baru aktif balik blog setelah setahun tinggal blog ni..gigih jugak menaip  entri walaupun traffik blog tak macam dulu..susah nak up balik bila dah lama tinggalkan blog.

okay hari ni nak review produk kecantikan "D herbs madu propolis" yang anis telah gunakan dan sedang gunakan sekarang dah dekat 6 bulan kot..memang first time jumpe produk yang sesuai dengan kulit anis..sebenarnya anis ni kulit sensitif sikit sebab resdung..memang resdung terok tahap tiap pagi bersin dan kalau silap makan sikit macam makan seafood camtu..mesti gatal2 dan naik jerawat..bila naik jerawat bermakna abis lah muka ada parut jerawat kan..

anis mula2 guna sabun dia je..saje je try..kot2 sesuai..tapi memang best sabun dia..lepas guna dalam seminggu kot..dah nampak kesan parut jerawat tu makin hilang..pastu bila dah rasa selesa guna tu..teros beli krim dengan toner dia sekali hihi


 
ni sabun dia..besar la jugak..boleh tahan dalam berapa bulan jugak lah anis guna.










yang ni pulak krim malam dengan krim siang dia..satu krim je untuk kegunaan malam dan siang ! jimat kan ! 2in1




 
gambar daripada google sebab toner anis baru je abis then botol dia anis dah buang hehe toner ni macam biasa la kan..pakai lepas basuh muka dengan sabun sebelum pakai krim muka.


yang ni untuk korang yang nak try pek percubaan ! korang boleh try yang ni..jimat :)

so, korang yang ada masalah macam anis..boleh lah try produk ni..harga mampu milik..murah dan menjimatkan ! just sharing :) selamat mencuba ! bye <3

twitter: @anisss_zainudin
instagram:@farahaniszainudin


p/s : Produk D'herbs terlajak laris *sebut macam dalam iklan* kahkah :D


Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

09 June 2014

Tips : Cerahkan wajah dalam masa 1 minggu!

 
 
  •   RAJIN BERSIHKAN MUKA
Selepas seharian melakukan aktiviti di luar, pastikan kamu bersihkan muka menggunakan pencuci muka yang bersesuaian. Lakukan amalkan ia di waktu pagi dan selepas beraktiviti secara teratur dan berdisiplin.
  • LAKUKAN URUTAN
Ketika mencuci muka gunakan kedua tangan kamu untuk memicit-micit dan mengurut lembut di bahagian muka kamu untuk melancarkan aliran darah. Mulakan urutan di kawasan pipi kemudian perlahan-lahan ke bahagian dahi dan akhiri di bahagian dagu dan leher.
  • SCRUBING TIME!
Selalunya punca kulit nampak kusam dan tidak bermaya adalah kerana adanya kulit sel mati di kawasan muka. Cara terbaik untuk menyingkirkannya adalah dengan menggunakan teknik scrubing. Ia bukan sahaja menangalkan kulit mati kamu malah, ia juga boleh menangalkan segala kotoran yang melekat pada wajah! So, selamat mencuba!
  •  AMALKAN PENGGUNAAN SUNBLOCK!
Jika kamu seorang yang suka beraktiviti di luar, apa kata amalkan penggunaan sunblock untuk melindungi kulit kamu daripada pancaran matahari yang berlebihan.
  • GUNA MASKER
Masker juga boleh di jadikan altenatif untuk kamu menyingkirkan sel mati yang ada pada wajah kamu. Teknik ini lebih berkesan daripada scrub kerana kandungannya menyerap ke dalam kulit wajah. Kandungan ini biasanya boleh memutihkan kulit, menyegarkan, memberi nutrisi dan hilangkan tompok-tompok hitam di wajah.


Sumber : SINI

Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

08 June 2014

1001 Khasiat Madu!

 
 

1. BAGUS UNTUK KULIT, RAMBUT DAN MATA
Madu mampu menjadikan rambut dan mata lebih sihat dan bersinar. Ia juga boleh membuatkan penglihatan seseorang lebih terang dan jelas. Jika kulit kamu mengalami kecederaan, madu juga mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit apabila di sapukan di kawasan yang luka. Malah, ia juga dapat melindungi daripada jangkitan kuman. Dengan mengamalkan pengambilan madu setiap hari, kulit akan lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda. Jangan terkejutlah jika ada yang tanya tip penjagaan kulit!

2.BAIK UNTUK SISTEM PENGHADAMAN
Buat pengetahuan kamu, selain daripada memberi kesan cantik pada si pengama. Ia juga dapat menguatkan sistem penghadaman. Malah, kamu juga dapat elakan diri daripada kerap terkena keracunan makanan. Bukan itu sahaja, Ia juga melancarkan sistem urinari (sistem buang air kecil).

3.SIHAT UNTUK SISTEM PERNAFASAN DAN KERONGKONG
Jika kamu sedang mengalami sakit tekak dan batuk, madu mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan. Selain itu, ia bertindak untuk menguatkan penafasan dan mengurangkan asma atau lelah.

 4.MENGUATKAN TENAGA BADAN
Madu dapat menguatkan badan seorang wanita terutamanya jika si dia sedang mengandung. Ini kerana madu adalah makanan tenaga semula jadi . Jadi madu tidak akan memberi sebarang tindak balas yang negatif pada individu yang mengambilnya setiap hari. Walaupun madu agak manis, namun ia mampu mengawal kandungan gula dalam darah jika kamu mengambil madu secara berterusan.Ia juga sumber gula alternative yang semulajadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis. Ia juga mampu mengembalikan tenaga selepas cirit-birit dan haid yang berterusan.

5.GIZI MAKANAN
Madu sangat di perkaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah untuk di hadam. Ia juga memudahkan serapan kalsium dalam badan.


sumber : SINI

Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

03 June 2014

Hobi masa lapang

 
 
 
hai ! tajuk entri macam tajuk karangan darjah satu kahkah..dah lama tak update blog..dah kekeringan idea..dah masuk bulan jun pun..means dah dekat sebulan jadi penganggur terhormat..bosan yang amat duk kat rumah..ya allah..harap cepat dapat kerja..nak  kumpul duit sambung degree..meroyan gak duk scroll ig shop tengok baju, tudung lawa2 tapi takde duit nak beli lagi..sadlife T,T

untuk mengisi masa lapang sebab bosan yang amat..anis jahit benda alah ni :

apo bondo ni? haa ini nama nya tempat letak fon domokun..adik anis cakap domo ni cacat..biar lah buruk pun..janji ada rupa domo sikit2 kahkah..kenapa domo ni warna purple? sebab..tuan dia ni minat purple hee ~           


yang ni pulak baju power bank..power bank pun ada baju tahu tak :P hahaha yang ni dah lama jahit..time kat poli lagi..ni pun akibat bosan jugak.

 
 
nampak tak kebosanan yang amat tu..abis sume benda nak jahit kahkah okbye !



Terima kasih sebab sudi baca entri Anis..komen kalau sudi :)

 
Thanks For Coming.All Right Reserved By Anis Zainudin.Basecode By Adam Faiz.Best view in Google Chrome